06/09/2021 Off By Admin

Filem Gandingan John Cena Dan Jackie Chan Mungkin Takkan Ditayangkan Sampai Bila-Bila

Foto: SukaFilem.net

Peminat pelakon John Cena dan Jackie Chan mungkin tidak berpeluang untuk menonton filem gandingan mereka berdua sampai bila-bila. Filem yang menjalani penggambaran pada 2018 itu akhirnya menjadi bahan arkib dan tidak akan ditayangkan kepada penonton. Banyak sebab yang membawa kepada perkara ini.

Collider melaporkan bahawa pada 2018, John Cena dan Jackie Chan pernah bergandingan dalam filem Snafu. Namun, akhirnya filem tersebut yang berjaya disiapkan selepas memulakan penggambaran pada Jun 2018 tidak pernah ditayangkan sehingga kini. 

Pelbagai masalah membawa kepada pembatalan tayangan dan perancangan filem gandingan dua aktor ini. Antara yang menyumbang kepada punca ini ialah kemelut antara Amerika Syarikat dan China yang sememangnya agak tegang ketika pemerintahan Trump. 

Filem Snafu diarahkan oleh Scott Waugh yang kini akan mengarahkan filem The Expendables 4. – SukaFilem.Net