31 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Tampil Berpakaian ‘Garung Ginonson’, Joy Tarik Perhatian Ramai Ketika Hadir Terima Vaksin

Valentino Tony@Joy (tengah) berpakaian “Garung Ginonson’ bergambar bersama para petugas KKM di PPV Dewan Masyarakat Ranau, pada Rabu lalu.

RANAU: Gelagat segelintir penerima vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dengan pelbagai gaya fesyen termasuk pemakaian kostum menyerupai watak dalam filem, menarik perhatian ramai.

Perkara sama berlaku di PPV Dewan Masyarakat Ranau apabila seorang individu yang hadir menerima suntikan vaksin turut menarik perhatian apabila tampil dengan gaya pakaian tersendiri.

Valentino Tony,36, atau lebih dikenali Joy hadir di PPV itu kira-kira 2.30 petang pada Rabu dengan pakaian tradisi etnik Dusun Liwan Ranau yang diberi nama ‘Garung Ginonson’.

Joy ketika mendaftar di PPV Dewan Masyarakat Ranau pada Rabu lalu

Menurut Joy, Ginonson diperbuat daripada kulit kayu Togop yang terdapat di kawasan hutan khususnya di daerah Ranau.

“Keistemawaan kulit kayu dari pokok Togop ini ialah ia tidak pecah atau mudah koyak walaupun diketuk berulang kali.

“Suatu ketika dahulu, Ginonson ini biasanya dipakai oleh kaum lelaki semasa aktiviti memburu di hutan atau dalam medan pertempuran,” katanya Ketika dihubungi wartawan Borneo Daily Bulliten.
 
Joy yang juga seorang ahli muzik tempatan dan merupakan Timbalan Presiden Persatuan Penggemar Sistem Suara Ranau (R2SC), berasa bangga apabila berpeluang memperagakan pakaian tersebut.

Disuntik vaksin dos kedua


Katanya, selain bangga kerana berpeluang untuk memperaga serta memperlihatkan salah satu pakaian etnik Dusun kepada orang ramai khususnya generasi muda, beliau turut berasa lega kerana berjaya melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 selepas suntikan dos pertama pada 4 Ogos lalu.
 
“Selain tampil menceriakan suasana di PPV, tujuan saya ialah untuk memberi sokongan serta menggalakan lebih ramai lagi penduduk daerah ini mendapatkan vaksin dalam usaha memutuskan jangkitan virus Covid-19.

JOY..”Saya sudah lengkap 2 dos”


“Kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada para penaja terdiri Leydia Lath yang menaja Garung Ginonson, Larry Noh D’Kanju (akesori) dan Frankie Sakmad (jurugambar).

“Tidak lupa saya ucapkan terima kasih kepada anggota Rela yang bertugas kerana menyediakan tempat letak kereta untuk saya,” katanya.
 

Menerusi gambar yang dikongsikan Joy, ramai penerima vaksin lain serta petugas Kementerian Kesihatan Malaysia turut mengambil peluang bergambar bersamanya.
 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN