27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mei 11, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

184 peserta sertai Daiwa Deep Sea Challenge  sempena LISC 2024

PERLEPASAN….Fadzilah ketika melepaskan para peserta Cabaran Memancing Laut Dalam sempena LISC 2024 di jeti Marina Awam, dekat sini, pagi Selasa

LABUAN:Seramai 184 peserta dari luar negara dan tempatan menyertai  Cabaran Memancing Laut Dalam  (Daiwa Deep Sea Challenge) sempena Labuan Internatioanl Sea Challenge (LISC)   2024.

Majlis perlepasan para peserta disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif  (Perbandaran) Perbadanan Labuan, Fadzilah Haji Mahmud di Jeti Marina Awam di sini pada pagi ini (Selasa).

Fadzilah berkata, antara peserta luar negara yang menyertai cabaran kali ini  ialah Kanada, Hongkong, Brunei, Filipina,  Thailand, Guandong, China  dan Malaysia.

Sebanyak 16 bot telah digunakan untuk membawa pemancing ke lokasi memancing di Pulau  Layang-Layang dikepulauan Spartly Malaysia   yang memakan masa perjalanan  16 hingga 18 jam ke lokasi yang dituju.

Cabaran Daiwa Deep Sea Challenge LISC 2024 menawarkan hadiah keseluruhan RM 180,000 berupa wang tunai dan juga barangan pemancing.

Sementara itu, hasil tangkapan ikan  oleh para peserta Cabaran Memancing Laut Dalam   akan dipamerkan kepada pengunjung sebelum dilelong kepada orang awam pada pagi Ahad (28 April)  iaitu pada hari terakhir LISC diadakan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN