33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

180 pesakit hospital Labuan terima bantuan MAIWP

Oleh: Jainudin Djimin

SERAH….. Ahmad Marzuk (kiri) menyerahkan replika cek  bantuan Skim Perubtan kepada Dr Ismuni sambil diperhatikan  Rozman (tengah)

LABUAN:  Seramai 180 pesakit hospital Labuan di sini menerima bantuan sumbangan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata bantuan yang membabitkan peruntukan MAIWP sebanyak RM18,000 itu adalah bertujuan untuk meringankan beban  pesakit ketika menyambut Ramadan dan juga Syawal yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.

“Sebahagian besar pesakit di hospital ini  juga terdiri daripada golongan asnaf yang sedia ada dan ini menunjukkan kepada kita bahawa pihak MAIWP sentiasa peka dalam pengaggihan bantuan kepada asnaf yang memerlukan” katanya.

Beliau berkata demikian  ketika berucap merasmikan Program Penyampaian Sumbangan kepada pesakit hospital Labuan 2021 di sini, pada Ahad.

TERIMA…. Dr. Hadnan Musa (dua kanan) menerima replika cek  untuk sumbangan pesakit hospital Labuan sambil diperhatikan Rozman (tiga kanan) dan Dr Ismuni (kanan sekali)

Hadir sama, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan MAIWP, Mahadi Sukarno, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Ismuni Bohari dan Pengarah Hospital Labuan, Dr. Hadnan Musa Blidran.

Menurut beliau lagi,  sepanjang tiga hari lawatan kerja beliau ke Wiayah Persekutuan Labuan, pihak MAIWP telah menyalurkan  wang zakat  lebih RM2.4 juta  telah diagihkan untuk pelbagai skim bantuan MAIWP.

“Ini termasuklah agihan sebanyak RM1.23 juta untuk program Musaadah Tijariyah, Program  Ihya Ramadan bagi Masjid dan surau sebanyak RM759,000, bantuan untuk golongan mualaf sebanyak RM271,500, bantuan untuk program Dapur It’am Ramadan sebanyak RM120,000  dan selebihnya untuk program yang lain” katanya.

Pada majlis itu, Ahmad Marzuk juga turut menyampaikan   Skim Bantuan  Perubatan  bagi tahun 2021 kepada Hospital Labuan berjumlah RM560,600.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN