26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

18 juta purata perbelanjaan mengurus tahanan di PTS Sabah setahun

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM18 juta purata perbelanjaan bagi mengurus tahanan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Sabah setiap tahun.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perbelanjaan itu merangkumi makan minum, pengangkutan bas dan feri bagi tujuan pengusiran.

“Pada masa sekarang, terdapat empat buah depoh tahanan imigresen yang dikenali sebagai Pusat Tahanan Sementara (PTS) di seluruh negeri Sabah.

“Sehingga pada 8 Julai 2020, bilangan tahanan di semua PTS berjumlah 6,162 orang,” katanya.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata demikian dalam jawapan bertulis terhadap soalan lisan Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO-Tuaran) dalam persidangan Dewan Rakyat, di sini, pada Isnin.

Dalam soalannya, Madius meminta Perdana Menteri menyatakan berapa bilangan depoh ataupun ‘Rumah Merah’ Sabah, jumlah tahanan terkini di setiap depoh dan perbelanjaan setahun untuk mengurus tahanan tersebut.

Muhyiddin berkata, seramai1,694 orang kini ditahan di PTS Kota Kinabalu, 1,345 di PTS Papar, 1,272 di PTS Sibuga Sandakan dan 1,851 di PTS Tawau.

“Seramai 5,356 orang daripada tahanan ini ialah warganegara Filipina, dan 693 orang adalah warga Indonesia.

” Manakala baki seramai 113 orang adalah dari pelbagai negara yang lain,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN