25.5 C
Kota Kinabalu
Isnin, Julai 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

17,513 murid di Labuan terima Bantuan Awal Persekolahan babitkan peruntukan lebih RM 2.6 juta

Rusmini menyerahkan replika Cek Cura kepada Abidin.

LABUAN: Seramai 27,513 murid Sekolah Rendah dan Menengah di sini menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2025 membabitkan peruntukan RM2.6 juta.

Majlis penyerahan bantuan itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Dr Rusmini Ku Ahmad sempena Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan 2025 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang di adakan di Pusat Ko-Kurikulum Jabatan Pendidikan Negeri, Kampung Ganggarak di sini, pada Jumaat.Hadir sama, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Abidin Marjan.

Terdahulu ketika berucap, Rusmini berharap bantuan awal persekolahan yang setiap murid menerima wang tunai RM150.00 itu dapat membantu ibu bapa dan penjaga meningkatkan motivasi murid untuk terus membina kecemerlangan agar menjadi insan yang berguna kepada agama bangsa dan negara.

Rusmini menyampaikan BAP kepada salah seorang murid pada majlis itu.

“Saya yakin bantuan ini mampu memastikan setiap murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk memulakan sesi persekolahan sebagai dorongan untuk mencapai kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan” , katanya.

Selain itu, Rusmini turut mengingatkan murid dan ibu bapa bahawa pendidikan adalah pelaburan jangka panjang yang akan memberi impak positif kepada pembangunan negara.

“ Oleh itu kita perlu bekerjasama bagi mengukuhkan senirgi kearah menjayakan agenda pendidikan negara dalam melahirkan generasi MADANI”, katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN