33 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mei 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

170 peserta  jayakan  Tiara Tropical Run 2023

LARIAN…peserta lelaki katagori 10 KM sedia untuk berlari

LABUAN: Seramai 170 peserta yang melibatkan penyertaan dari Brunei, Sabah dan Sarawak serta Labuan   menjayakan Tiara Tropical Run 2023 yang diadakan di Villa Mansion  Tanjung Batu, dekat sini pada Ahad lalu.

Larian yang bermula seawal jam 6.30 pagi  anjuran  Tiara Labuan Hotel itu itu telah dibahagikan kepada dua kategori  iaitu 10 kilometer (lelaki dan wanita)  dan 5 kilometer (lelaki dan wanita).

Bagi kategori 10 kilometer telah disertai seramai 100 orang, manakala bagi kategori 5 kilometer disertai seramai 70 orang.

Acara perlepasan para peserta disempurnakan oleh Pengurus  Tiara Labuan Hotel, Eugene Chin.

MEDAL…Eugene menerima medal selepas berjaya menamatkan larian 10 KM kategori lelaki.

Menurut Eugene, larian yang dianjurkan setiap tahun itu bertujuan  untuk mempromosikan aktiviti larian dan meningkatkan tahap kecergesan masyarakat dengan mengamalkan hidup gaya sihat sepanjang hayat.

Sementara itu   Aznil Ismail mendapat tempat pertama kategori lelaki 10 kilometer,  tempat kedua dimenangi oleh Arikchelly Arikah dan tempat ketiga dimenangi oleh Manan Abdullah.

Manakala bagi kategori Wanita 10 kilometer, tempat pertama dimenangi oleh Mailin Salugin, tempat  kedua Melsheira Jumid dan tempat ketiga Ryehana Rajab.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN