SUMBANGAN… Kong Soon (tiga kanan) merakam gambar dengan Rodzlan (empat kanan) dan Benedict (tengah) bersama rombongan LPH serta Wiranita Ranau selepas penyerahan alat penghawa dingin tersebut
SUMBANGAN….Hospital Ranau menerusi Ahli Jawatankuasa Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) daerah ini, merakam penghargaan dan terima kasih kepada Wiramuda STAR Ranau atas keprihatinan dan kesudiaannya menghulurkan sumbangan berupa satu set alat penghawa dingin (Aircond) kepada bilik Pemerhatian selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 di hospital berkenaan.
Sumbangan itu disampaikan sendiri oleh Timbalan Wiramuda STAR Sabah, Kong Soon Choi@Ah Choi kepada wakil Pengarah Hospital Ranau, Rodzlan Bin Mahiri disaksikan Pengerusi Jawatankuasa LPH Ranau, Benedict Gunda bersama jawatankuasanya dan rombongan Wiramuda dan Wiranita STAR Ranau.
Rodzlan kerita ditemui mengharapkan kepada NGO yang lain agar mencontohi usaha pihak STAR Ranau untuk menyumbangkan apa yang patut kepada pihak Hospital untuk kemudahan awam seluruhnya.
           Â