16 Penumpang Terbunuh, Bas Dilapor Terjunam Dari Jejambat Selepas Dilanggar Trak

Terbakar selepas terjunam

SEKURANG-KURANGNYA 16 orang dilaporkan telah terbunuh dan 27 lagi cedera selepas bas yang dilanggar oleh sebuah trak telah terjunam 45 kaki ke bawah jambatan di tenggara Minas Gerais, Brazil pada Jumaat, lapor Daily Mail.

Bas itu dalam perjalanan di lebuh raya BR-381 di bandar João Monlevade ketika terlibat dalam nahas dengan treler trak kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Impak daripada kemalangan itu telah memaksa bas tersebut keluar dari lorong dan menyebabkannya tergantung berhampiran rel konkrit yang rosak.

Laporan awal dari Federal Highway Patrol mendapati pemandu meninggalkan bas dengan penumpang di dalamnya.

Saksi juga mengatakan bahawa sekurang-kurangnya empat orang meninggalkan bas itu sejurus sebelum terjunam sejauh 45 kaki ke landasan kereta api di bawah.

Video yang dimuatnaik oleh orang ramai menyaksikan bahawa bas tersebut terbakar ketika anggota bomba menyerbu kawasan itu untuk mencari mangsa.

Kemalangan itu adalah kemalangan maut kedua dalam tempoh seminggu di Brazil selepas pertembungan antara bas dan sebuah trak yang menggorbankan 42 orang di Taguaí, São Paulo pada Rabu lalu.

Sumber: Daily Mail