YUSOF (lima kanan) bersama pegawai JPN, pembentang dan AJK Kolokium Kajian Tindakan Tingkatan 6.
LABUAN: Pensyarah Tingkatan 6 SMK Labuan telah mengadakan Kolokium Kajian Tindakan Pensyarah 2023 di Bilik Raflesia Kompleks Ujana Kewangan, Labuan baru-baru ini.
Majlis bersejarah yang julung-julung kalinya diadakan itu dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Yusup Haji Mohammad.
Seramai 16 orang pensyarah telah membentangkan kajian tindakan yang mewakili 15 mata pelajaran Tingkatan 6 iaitu Chua Chee Kiat (Panitia MUET), Maruhan Lutam (ICT), Rohati Lusim (Pengajian Am), Alrenette Grence James Unggau, Fazlinah Razali (Pengajian Perniagaan), Yusrin Ahmad (Seni Visual), Junaidah Amat Sah (Biologi), Wong Kam Kin (Matematik T) dan Juliana @ Bibiana Nain (Kesusasteraan Melayu Komunikatif),
Turut terlibat membentang kajian itu ialah Napsiah Ibrahim (Sejarah), Emily George Seep (Bahasa Melayu), Uztaz Sanusi Ya (Usuluddin), Ustaz Jailani Muda @ Su (Bahasa Arab), Mazri Mohd Yunus (Ekonomi), Ratnangsih Haji Mamma Nore (Kimia) dan Sabariah Muhamad Saad (Geografi).

PENOLONG Kanan Pusat Tingkatan Enam, SMK Labuan, Saminan Sabtu (kanan) menerima sijil penghargaan sebagai AJK Pelaksana daripada Yusup
Sementara itu, Yusuf merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Sektor Pembelajaran JPN Labuan kerana berjaya menganjurkan Kolokium Kajian Tindakan Pensyarah Tingkatan 6 Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan bagi Tahun 2023.
Beliau berkata, Jabatan Pendidikan Labuan sentiasa menyokong usaha dalam melestarikan amalan dan budaya inovasi.
“Saya memahami bahawa untuk memulakan sesuatu inovasi dan kajian tindakan, bukanlah perkara mudah.
“Namun sokongan yang diberikan kepada para pensyarah menerusi bimbingan pegawai SISC+ mampu membantu memberi kaedah atau cara terbaik dalam penghasilan inovasi dan kajian tindakan,”katanya.
Yusof juga menegaskan bahawa POAC (plan, organize, action and control) dan PDCA (plan, do, check, action) mesti menjadi pegangan agar kerja yang dibuat sentiasa sistematik dan mengikut prosedur yang betul.
Sementara itu, Penolong Kanan Pusat Tingkatan Enam SMK Labuan, Saminan Sabtu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan program tersebut.
“Walaupun pertama kali diadakan, ianya dapat diadakan dengan jayanya hasil kerjasama dan komitmen semua pihak termasuk pensyarah dan AJK Pelaksana di samping JPN Labuan sendiri,”katanya.
Turut hadir Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Yahya Ahmad Puteh, Ketua-Ketua Penolong Pengarah, Pegawai SISC+, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Labuan, Kitli Beka, Penolong Kanan Pusat Tingkatan Enam SMK Labuan, Saminan Sabtu dan para pensyarah.