27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

16 DITAHAN, TIGA PUSAT HIBURAN DIDAPATI BEROPERASI TANPA LESEN DI PENAMPANG

SERBUAN…Sebahagian pegawai dan anggota PDRM ketika membuat serbuan di salah sebuah pusat hiburan di sekitar Penampang, semalam (Sabtu).

PENAMPANG: Seramai 15 orang telah ditahan dalam dua operasi berasingan di dua buah pusat hiburan, di sini, malam tadi.

Operasi telah dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Sabah bersama Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, hasil saringan ujian air kencing ke atas 81 orang pekerja dan pengunjung, mendapati dua lelaki positif dadah jenis Methamphetamine.

“Dalam serbuan tersebut pihak polis juga telah menahan kedua-dua pengurus pusat hiburan bersama seorang ‘deejay’ berkenaan atas kesalahan premis beroperasi hiburan awam tanpa lesen dan merampas peralatan muzik milik premis terbabit.

“Manakala enam wanita asing ditahan kerana menyalahgunaan pasport untuk bekerja di premis dan empat lelaki warga asing gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Sammy, Individu yang ditahan dan barang rampasan telah dibawa ke IPD Penampang untuk siasat lanjut pihak polis mengikut Sek. 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, Sek. 3 Ordinan Hiburan Awam 1958, Sek. 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Sek. 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Polis turut menjalankan ujian air kencing ke atas pelanggan di pusat hiburan berkanaan

Terdahulu, pihak polis juga turut mengadakan operasi yang sama pada 30 Disember 2023 di sebuah pusat hiburan sekitar Penampang dan menahan seorang lelaki disyaki penjaga premis serta turut merampas peralatan muzik kerana beroperasi tanpa lesen.

“Pihak polis akan sentiasa membuat pemantauan dan operasi serta menasihatkan pengusaha premis-premis hiburan di daerah ini supaya sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

“Pengusaha-pengusaha premis pusat hiburan di sini juga dinasihatkan supaya menjalankan perniagaan mengikut prosedur undang-undang yang telah ditetapkan,” tegas Sammy.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN