27 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

16 aset hartanah  PL  ditawarkan   untuk pajakan (RFP)  kepada pelabur

RITHUAN (tengah) bersama timbalannya Ibrahim (duduk kanan) dan Fadzilah  (duduk kiri) menunjukkan tawaran iklan pemajakan 16 aset hartanah kepada pelabur yang berminat.

LABUAN: Sebanyak 16 aset hartanah milik  Perbadanan Labuan (PL)  ditawarkan untuk cadangan pelaburan (Request For Proposal)  kepada pelabur asing dan tempatan yang berpotensi.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail berkata pelawaan (RFP) itu  bertujuan untuk menggalakkan penjanaan idea yang lebih kreatif dan inovatif dari syarikat-syarikat  berpotensi untuk memajukan hartanah milik Perbadanan Labuan.


“PL telah memutuskan untuk menyewa dan memajakkan hartanah milik PL kepada pemaju, syarikat pembida yang berpotensi dan  berminat untuk melabur di Labuan. RFP ini juga bertujuan untuk meningkatkan pelaburan dalam pelbagai sektor pembangunan bercampur dengan memfokuskan pelancongan, industri dan komersil,” katanya kepada media di sini, pada Isnin.

Rithuan berkata 16 aset  hartanah PL yang telah disenaraikan untuk pajakan kepada pelabur melibatkan 11  kawasan komesil membabitkan ruang perniagaan/pejabat MICE, perumahan, hotel pelancongan, rekreasi dan  rumah kedai termasuk  tiga  kawasan pasar lama  di Jalan Hujung Pasir.

Manakala lima lagi aset PL yang disenaraikan untuk di pajakan membabitkan Pulau Papan, Kompleks Halal Hab di Kiansam, kawasan tanah lapang perindustrian di Rancha-Rancha dan di Jalan Sharif Kedah Saguking.

Katanya, turut disenaraikan untuk tujuan cadangan RFP itu ialah pengoperasian Terminal Feri Antarabangsa Labuan, dan Labuan International Golf Club (LIGC) .

“Kesemua aset hartanah  yang disenaraikan adalah  untuk komersil dan pelancongan  dan tempoh pajakan  sehingga 20 hingga 30 tahun” katanya.

Pelabur atau syarikat yang berminat untuk melabur atau membida aset hartanah PL itu boleh mendapatkan dokumen dengan memuat turut di laman web Perbadanan Labuan bermula 4 Oktober sehingga 28 November 2022.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN