SUNTIKAN…..Dr Adnan menerima suntikan vaksin Pfizer BioNTech di Pusat Pemberian Vaksin COVID 19 di Hospital Labuan.
LABUAN: Seramai 150 petugas barisan hadapan Hospital Labuan merupakan kumpulan pertama menerima dos vaksin Pfiyizer BioNTech yang diadakan di Pusat Pemberian Vaksin COVID 19, Hospital Labuan bermula pada Ahad.
Pengarah Hospital Labuan, Dr Adnan Musa Balidran menjadi individu pertama Hospital Labuan yang diberikan suntikan vaksin diikuti 149 staff yang lain.
Program suntikan vaksin khusus untuk barisan hadapan petugas hospital itu telah disaksikan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Dr Ismuni Bohari.

BANGGA… Sebahagian daripada petugas barisan hadapan Hospital Labuan yang yelah menerima suntikan vaksin bergambar kenangan bersama Dr. Ismuni (baris gadapan lima dari kanan) dan Dr Adnan (enam dari kanan)
Terdahulu Dr. Ismuni berkata, kumpulan pertama yang membabitkan 150 petugas yang menerima vaksin tersebut merupakan petugas barisan hadapan kesihatan di kawasan kritikal Hospital Labuan.
“Ini adalah objektif kami untuk memastikan petugas barisan hadapan kesihatan di kawasan kritikal di hospital ini, bebas COVID-19 dan ini juga untuk kepentingan orang awam dan pesakit kami,” katanya.
Menurut Dr Ismuni, baki 450 petugas barisan hadapan di Hospital Labuan akan menerima suntikan vaksin secara berperingkat bermula esok (Isnin).
Sementara itu tinjuan di Pusat Pemberian Vaksin di Klinik Kesihatan Membedai yang memasuki hari kedua Program Imunisasi COVID 19 terus berjalan lancar dengan pemberian vaksin ditumpukan kepada anggota penguatkuasa daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Kastam, Imigresen, Polis, Penguatkuasa daripada Perbadanan Labuan dan sukarelawan yang bertugas di barisan hadapan COVID 19.