29 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

15 hotel daripada 37 yang diwartakan sebagai rumah kuarantin diperiksa

OPERASI…. Dr. Ismuni bersama Supt. Muhamad Farid ketika meminta kebenaran untuk membuat pemeriksaan bilik hotel  individu yang dikuarantin.

CLICK https://www.chanteekborneo.com.my

LABUAN: Jabatan Kesihatan Labuan memeriksa 15 daripada 37 buah hotel yang telah diwartakan sebagai  rumah kuarantin bagi pekerja sektor minyak dan gas dalam satu Operasi Bersepadu Pematuhan Prosedur Operasi Standart (SOP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),  pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Dr. Ismuni Bohari berkata hasil pemeriksaan itu seramai 14 individu (penghuni) yang menjalani kuatrantin telah didapati melanggar peraturan SOP yang ditetapkan.

Sementara itu katanya, sebanyak tujuh kompaun telah dikeluarkan  kepada individu berkenaan dan selebihnya telah diberi amaran.

PERIKSA….Anggota  Penguatkuasa Jabatan Kesihatan  membuat pemeriksaan bilik kuarantin di salah sebuah hotel yang diperiksa.

“ Operasi Bersepadu ini dijalankan bagi memastikan pematuhan SOP Akta 342 (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit )1988 berkaitan pelaksanaan  Rumah Kuarantin di hotel-hotel dipatuhi sepenuhnya” katanya ketika ditemui media di salah sebuah lokasi operasi tersebut  di jalankan.

Operasi Bersepadu Pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dijalankan di sekitar pusat bandar   melibatkan  80 anggota daripada Jabatan Kesihatan, PDRM, ATM dan MKN  telah dibahagikan kepada 10 pasukan.

Dr. Ismuni berkata antara perlangaran peraturan SOP yang dikesan oleh individu berkenaan ialah  tidak berada dalam bilik ketika pemeriksaan dilakukan  yang boleh menimbulkan risiko kesihatan kepada diri sendiri dan juga orang di sekitarnya.

Sementara itu katanya,  sebanyak 7 premis makanan telah diberi amaran kerana melanggar garis panduan amalan penjarakan sosial di premis mereka.

Operasi Bersepadu Pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di ketuai bersama Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr. Ismuni Bohari dan Ketua Polis Labuan, Superitendan Mohamad Farid Ahmad.

Turut sama dalam operasi itu, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Labuan, Nurzalizah Kartika Abdullah, Timbalan Ketua Polis Labuan, Mohd Ibrahim Mohd. Ghani  dan Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan, Fauziah Mohd Sidek. –Borneo Daily Bulletin

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN