ADVERTISEMENTspot_img

142 penduduk Kampung Bebuloh sertai Pertandingan Bubu Ketam

Ainee menerima hadiah daripada Khairul sambil diperhatikan Kamal.

LABUAN: Seramai 142 orang penduduk kampung Bebuloh telah menyertai Pertandingan Membubu Ketam sempena Pesta Buloh.

Program anjuran bersama Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Dan Jabatan KEMAS Labuan telah disempurnakan perasmiannya oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Mohd Sukuran Taib.

Pengerusi JPKK Bebuloh Kamal Ariffin Khalidin berkata program tersebut yang mendapat sambutan penduduk kampung akan dijadikan sebagai aktiviti tahunan Kampung Bebuloh.

“Program ini akan kita jadikan sebagai aktiviti tahunan untuk mempromosikan Kampung Bebuloh sebagai kawasan tarikan pelancongan yang menyediakan pelbagai produk pelancongan yang menarik.

Mohd Sukuran (tiga dari kanan) bersama Kamal (Dua dari kanan) menyaksikan pertandingan Bubu Ketam Kampung Bebuloh.

“Selain itu program ini berupaya untuk menyatupadukan semangat kerjasama berterusan penduduk kampung bukan sahaja dalam menjayakan aktitivi kampung tetapi juga yang dianjurkan oleh agensi kerajaan di kampung ini”, katanya ketika dihubungi selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang.

Pertandingan yang bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang itu dimenangi oleh Aimee Umar untuk menerima hadiah wang tunai RM400.

Tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Syawal Naim dan Qawie Jawawi masing masing menerima hadiah RM300 dan RM200.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengarah JPejabat Kementerian Pelancongan dan Seni Budaya (MOTEC) Labuan, Khairul Amin Abdul Rashid.

Hadir sama Penolong Pegawai KEMAS Labuan, Samiah Daud.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN