31 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mac 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

14 polis ditangkap bersama air ketum

SHAH ALAM – Seramai 14 anggota polis ditahan dan dua botol air ketum ditemui ketika Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri (JSJN) Selangor melaksanakan Op Blue Devil di sini semalam.

HUBUNGI KAMI UNTUK PERKHIDMATAN IKLAN

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin ketika dihubungi mengesahkan pemeriksaan pada jam 4.01 pagi itu dilakukan ke atas 14 anggota Unit Kereta Peronda (MPV) dan enam kereta MPV Shah Alam, di tingkat empat tempat letak kenderaan sebuah pasar raya di sini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dalam kenyataan semalam memaklumkan pihaknya terpaksa menangkap anggota polis melalui Op Blue Devil kerana sebahagian daripada tugas polis bagi memastikan pasukan itu berintegriti.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan Op Blue Devil bagi mengesan dan membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan pegawai dan anggotanya. -Sinar Harian-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN