24.9 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mei 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

13 AJK Masjid Al-Munawwar terima watikah

WATIKAH…..Zulkifli (dua kanan) menyampaikan watikah pelantikan sebagai Pengerusi Masjid Al-Munawwar kepada Haryadi sambil diperhatikan Abd Rahman (kiri) dan Saparudin (dua kiri), baru-baru ini.


LABUAN: Seramai 13 Ahli Jawatankuasa (AJK) Kariah Masjid Al-Munawwar, Kampung Pohon Batu telah menerima watikah masing-masing pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan AJK, Sesi 2020 – 2023, baru-baru ini.


Majlis penerimaan watikah didahului oleh Pengerusi Masjid, Haryadi Omar yang menerimanya daripada Ketua Kampung Pohon Batu, Zulkifli Abdullah. Manakala AJK Masjid yang lain menerima watikah daripada Haryadi.


Haryadi berkata daripada 13 penerima tersebut, empat merupakan muka baharu iaitu Khairul Hisyam Asmadi yang dilantik sebagai AJK Belia, Fatimah AJK Beliawanis di samping dua AJK iaitu Midun Hijus dan Suertini Supar.

AJK…..Haryadi (barisan tengah, tiga kanan) bersama AJK Masjid Al-Munawwar   yang menerima watikah pelantikan Sesi 2020-2023


Katanya, pemilihan yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan kali ini berbeza daripada kebiasaannya iaitu jawatan Setiausaha tidak dipilih tetapi dilantik oleh jawatankuasa sendiri.


Sehubungan itu, Jawatankuasa masih mengekalkan Masri Ayong sebagai Setiausaha Masjid untuk tempoh empat tahun akan datang.


Turut menerima watikah tersebut ialah Timbalan Pengerusi Masjid, Haji Tassim Amin, Bendahari Suraya Bakar dan dua AJK Wanita, Niswati Tarji dan Aminah Sujud.


Empat lagi AJK yang menerima watikah ialah Norjah Omar, Putih Haji Ali, Roffii Haji Zainal dan Ag Masri Matakong.


Pelantikan AJK Masjid yang bermula dari 16 Jun 2020 hingga 15 Jun 2023 itu disahkan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Dato’ Sri Hussien AlHabshee. 


“Kita semua mengharapkan AJK yang dipilih kali ini akan dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin bukan sahaja untuk mengimarahkan masjid tetapi juga menyatupadukan masyarakat Islam di kariah Pohon Batu,”jelas Haryadi selepas majlis penyampaian watikah tersebut.


Turut menyaksikan majlis tersebut ialah Imam I, Ustaz Abd Rahman Muha dan Imam 2, Saparudin Kamis.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN