SERAH…. Staf Unit Perlesenan Perbandanan Labuan menyerahkan kit makanan secara pandu lalu kepada salah seorang penjaja di perkarangan pejabat JKM, pada Khamis.
LABUAN: Seramai 128 penjaja dan peniaga yang membabitkan penjaja di Pasar Tamu Labuan Walk, menerima bantuan Kit Makanan sumbangan Perbadanan Labuan.
Bantuan yang diselaraskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan dilaksanakan sepenunya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) trelah diagihkan secara ‘pandu lalu’ yang diadakan di perkarangan bangunan JKM Labuan, pagi Khamis.
Menurut Pengarah JKM Labuan, Ansharey Matarsad mereka yang terlibat dalam penerimaan bantuan kit makanan berkenaan merupakan golongan sasar Perbadanan Labuan yang terkesan dengan Pandemik COVID 19 dan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“JKM Labuan telah diberikan amanah oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) untuk menyelaraskan pengagihan bantuan kit kit makanan semasa PKP dilaksanakan” katanya ketika ditemui pada program tersebut.
Hadir sama Pengarah Bahagian Perlesenan Perbadanan Labuan, Abdul Aziz Hamzah.
Beliau menyeru kepada mana-mana individu mahupun syarikat korporat atau swasta yang ingin menyumbang bantuan makanan supaya disalurkan kepada JPBD untuk diselaraskan pengagihan kepada golongan sasar khususnya kumpulan B40 yang terkesan dengan COVID 19.
“Walau bagimanapun Pihak JKM dengan kerjasama beberapa agensi yang berkaitan sedia membantu syarikat-syarikat swasta yang ingin menyalurkan bantuan kepada golongan sasar yang mereka tetapkan dengan kaedah pengagihan pandu lalu bagi mengelakan kumpulam ramai yang boleh menjejaskan prosedur operasi standart (SOP) yang ditetapkan oleh KKM mahupun MKN” katanya.
Ansharey menjelaskan sepanjang PKP 2.0 yang dilkasanakan bemula pada 13 Januari lalu, pihaknya telah mengagihkan sebanyak 628 kit makanan kepada golongan sasar dengan mengunakan kaedah ‘pandu lalu” katanya.



