24.9 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mei 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

124 penduduk di sini menerima manfaat bekalan eletrik percuma sumbangan Syarikat Hibiscus Petroleum Malaysia

Abidin, Dr Hos dan para enerima bantuan Projek Sistem Tenaga Hydro Mikro dan Solar di dalam majlis itu


RANAU: Seramai 124 penduduk di sini menerima bantuan bekalan eletrik percuma melalui Projek Sistem Tenaga Hydro Mikro dan Solar yang disumbangkan oleh Syarikat Hibiscus Petroleum Malaysia.


Adun Paginatan, Datuk Abidin Madingkir memuji inisiatif tersebut ketika membuat perasmian Majlis Penyerahan Rasmi Projek Sistem Tenaga Hydro Mikro dan Solar kepada 124 Penerima dari Kg. Paus, Kg. Wakaku dan Kg. Doromomol di sini.


Beliau yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri mengalu-alukan sumbangan serta kehadiran Country Head for Malaysia & Vietnam, Hibiscus Petroleum, Dr Pascal Hos di Kg. Paus.


“Sebagai Wakil Rakyat, amat mengalu alukan penglibatan Hibiscus Petroleum dalam usaha menaja Pembinaan Mikro Hydro dan membekal lampu solar kepada 124 rumah di Kg. Paus, Kg. Wakaku dan Kg. Doromomol ini.


“Program CSR ini sudah tentunya membawa keberuntungan khususnya kepada lebih 100 isirumah di Mukim Paus, lebih-lebih lagi kerana mereka sudah sekian lama menantikan bekalan eletrik seperti ini.


“Semoga Program CSR seperti ini dapat diteruskan di mukim-mukim lain di Kawasan DUN Paginatan kerana ini amat membantu Wakil Rakyat untuk menyampaikan agenda pembangunan kepada rakyat khusnya di DUN Paginatan,” katanya.


Justeru, Abidin menyarankan kepada penduduk kampung supaya sentiasa memelihara sumbangan alat alat mikro Hydro dan solar demi kebaikan penduduk sendiri.


Sementara itu, Dr. Pascal Hos memberitahu bahawa pihaknya sungguh berbesar hati kerana dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat khususnya penduduk Mukim Paus.


“Kami merakamkan setinggi tinggi penghargaan kpd YB Datuk Abidin Madingkir, Wakil Rakyat N38 Paginatan kerana sentiasa memberi ruang dan kerjasama dalam melaksanakan Program CSR Hibiscus Petroleum.


“Terima kasih juga kepada penduduk kampung, khususnya Ketua Kampung, Dualis Guni kerana kerjasama yang amat baik diberikan sepanjang perlaksanaan projek ini berlangsung,” katanya.


Turut hadir, Penasihat Perhubungan Komuniti dan Kerajaan, Hibiscus Petroleum, Datuk Eddie Abdullah, Pemimpin Pembanguanan Masyarakat (PPM) Hishamudin Harun, CDO Jipili Sigal, Pegawai Khas Datuk Abidin Madingkir, Juis Konsuling dan lain-lain.



ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN