Mohd Hafizi ketika memberikan Penerangan tatacara pengurusan jenazah kepada salah satu Kumpulan yang menyertai kursus tersebut.
LABUAN: Seramai 120 pelajar Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) Dan Kolej Matrikulasi Labuan (KML) menyertai Kursus Pengurusan Jenazah yang diadakan di Masjid Sultan Muhammad Ke 5, di sini pada Sabtu.
Kursus fardhu Kifayah itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Masjid Sultan Muhammaad Ke 5 yang di ketuai oleh Ketua Biro Dakwah dan Pendidikan, Ustaz Mohd. Hafizi Ismail.
Menurut Hafizi, para peserta didedahkan dengan sesi simulasi dan pratikal mengenai tatacara yang betul menguruskan jenazah.
Katanya, kursus ini juga merupakan satu inisiatif untuk memberi kesedaran terhadap tanggung jawab fardhu kifayah kepada para peserta.

Para peserta ketika didedahkan mengenai tatacara mengkafankan jenazah.
Majlis Penutupan kursus Dan penyampaian sijil penyertaan disampaikan oleh Pengerusi Penasihat Giat MARA Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan.
Berucap pada majlis itu, Mohd Rafi berkata, kursus tersebut berupaya meningkatkan ilmu dan kefahaman secara teori dan pratikal kepada peserta berkaitan pengurusan jenazah.
“Pangalaman yang diterima oleh para peserta boleh membantu masyarakat sekiranya berlaku kematian di kalangan ahli keluarga mahupun di komuniti masing masing”, katanya.
Pada majlis itu, Mohd Rafi yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan turut menghulurkan sumbangan peribadi berupa wang tunai kepada Jawatankuasa pelaksana program tersebut.