25.8 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

12 Pelajar cemerlang asnaf di Labuan terima Biasiswa tajaan MAIWP bernilai RM457,170.00.

Para pelajar cemerlang yang menerima biasiswa bersamad.Fazdli.

LABUAN: Seramai 12 Pelajar cemerlang dari golongan asnaf di sini menerima Biasiswa Insentif Pelajar Cemerlang tajaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bernilai RM457,170.00 menerusi wang pembayar zakat.

Mereka menerima biasiswa itu sebagai usaha berterusan MAIWP untuk membantu pelajaran berkenaan melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidàng di universiti tempatan bagi sesi 2024-2025.

Majlis Penyampaian sumbangan itu disempurnakan oleh Pengurus MAIWP Labuan, Md. Fadzli Md. Saad dalam satu majlis ringkas di bilik Seminar, Pejabat MAIWP di Ujana Kewangan dekat sini pada Rabu.

Md Fadzli berkata, mereka adalah antara 20 pelajar yang memohon biasiswa berkenaan, namun hanya 12 sahaja yang layak dan terpilih untuk menerima biasiswa.

Bagaimanapun jumlah mereka yang layak menerima biasiswa itu meningkat sekali ganda berbanding tahun sebelumnya hanya 6 orang.
“Biasiswa ini diberikan sepanjang pengajian mengikut kadar yang telah diluluskan dan akan diterima setiap semester pengajian”, katanya.

Sementara itu seorang pelajar, Musfarihim Muslim, 20 yang akan melanjutkan pelajaran dalam bidàng Sarjana Muda Kejuteraan Binaan di Universiti Sains Islam menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada MAIWP kerana terpilih untuk menerima biasiswa berkenaan.

“Dengan biasiswa ini ia dapat meringankan beban ahli keluarga saya untuk membiayai kos sepanjang pengajian saya.

“Saya amat berterima kasih kepada MAIWP dan pembayar zakat kerana terpilih untuk menerima biasiswa ini” katanya.

Musfarihim merupakan pelajar cemerlang yang menerima biasiswa tertinggi berjumlah RM45,400.00.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN