24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

12 anak yatim Kompleks Darul Kifayah terima sumbangan

SIMBOLIK……Asyahrudin menyenrahkan  secara simbolik sumbangan kepada Ustaz Abdul Fattah (lima dari kanan) sambil diperhatikan oleh ahli-ahli PERKEBAS dan guru guru Kompleks Darul Kifayah MAIWP.

LABUAN: Seramai 12 orang anak-anak yatim dari Kompleks Darul Kifayah  Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan menerima sumbangan daripada  Pertubuhan  Kebajikan Anak- Anak  Islam Sabah (PERKEBAS) Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan pada Jumaat.

Sumbangan telah diserahkan oleh Pengerusi PERKEBAS Ranting Wilayah Persekutuan Labuan, Ayahanda Ah Ling @ Asyahrudin Thien Abdullah  kepada Pengetua Kompleks Darul Kifayah MAIWP Labuan, Ustaz  Abdul Fattah Abdul Hafiz..

Asyahrudin ketika ditemui berkata sumbangan berupa makanan keperluan harian  itu sebagai usaha PERKEBAS Labuan untuk membantu golongan asnaf yang memerlukan bantuan khususnya anak-anak yatim.

“Sumbangan ini juga adalah salah satu daripada  aktiviti  amal kebajikan PERKEBAS Labuan  untuk membantu masyarakat asnaf Labuan, selain membantu golongan  yang ditimpa musibah seperti rumah kebakaran dan sebagainya” katanya.

Turut sama dalam majlis ringkas itu ialah Bonda Badrtisya, Kekanda Tunggak Sherold Affendi, Kekanda Setia Mikael Adam Benedict dan Abang Long  Ashraff Eddygo serta guru-guru dari Komplek Darul Kifayah MAIWP Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN