24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

10,500 anggota APM siapsiaga  hadapi banjir

. Dr Norhafifi (kiri) memeriksa bot APM jenis sealegs yang oleh beroperasi di air dan di darat bagi membantu kerja kerja  operasi  bantuan menyelamat.

LABUAN: Seramai 10,500 anggota  aktif Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dalam keadaan siapsiaga  dari segi logistik dan anggota  untuk melaksanakan operasi 24 jam  apabila bencana banjir dijangka melanda negara pada hujung tahun ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, Dr Norhafifi Haji Ismail, berkata pihaknya akan menggerakkan semua aset  keperluannya  termasuk menghantar aset aset logistik   negeri yang tidak terjejas dengan banjir.

“APM sentiasa dalam siap sedia bukan saja dalam meningkatkan keperluan logistik tetapi juga menambah baik keperluan operasi  membantu dan menyelamat  dalam menghadapi musim banjir yang dijangka akan berlaku   bulan November khususnya di kawasan pantai timur Semenanjung” katanya.

SERAH TUGAS…. Dr Norhafifi (tengah) menyaksikan majlis serah tugas Kapten Japli (kiri( dengan Kapten Hussain.

Beliau berkata demikian kepada media selapas melawat Pusat Operasi APM Wilayah Persekutuan Labuan, dekat sini, pada Selasa.

Dr.Norhafifi yang dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Labuan turut menyaksikan majlis serah tugas  Penolong Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPPAD) Kapten (PA)  Japli  Siping kepada pengganti beliau Kapten (PA) Hussain Mohd Noor.

Kapten Japli yang telah berkhidmat lebih 12 di APM Labuan akan bertukar ke negeri Sabah  pada awal bulan Oktober ini.

Hadir sama, Leftenan Konel (PA) Erwin @Elverowen Kinsui.

Menyentuh mengenai cadangan  menaiktaraf bangunan APM Labuan, Dr Norhafifi berkata, beliau telahpun diberikan taklimat berhubung permohonan APM Labuan untuk mendapatkan sebuah bangunan sendiri.

“Saya juga berharap supaya APM Daerah Labuan  dapat diberikan bangunannya sendiri…sebab saya dimaklumkan  APM Labuan mempunyai tanah hak milik sendiri  seluas 5.3 hektar  dan sesuai untuk membina bangunan APM yang  baharu bagi memberi kesejahteraan dan keselesaan kepada anggota dan pegawai APM Labuan” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN