27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

10,000 benih ikan  dilepaskan ke perairan umum Sg Kinabenua

LEPASKAN… Rithuan (tengah) bersama Rosli (iri) dan Faizal ketika melepaskan benih ikan siakap ke perairan umum Sg Kinabenua.

LABUAN: Sebanyak 10,000 benih ikan jenis siakap telah dilepaskan di perairan umum Sungai Kinabenua oleh Jabatan Perikanan Labuan sejak 4 tahun lalu di bawah Program Pelepasan Benih Ikan bersama Nelayan.

Menurut Pengarah Jabatan Perikanan Labuan, Faizal Ibrahim Suhaili, program Pelepasan Benih Ikan  ke Periaran Umum merupakan salah satu aktiviti penting Jabatan Perikanan Malaysia dalam usaha meningkatkan dan menjamin kelestarian sumber perikanan darat.

 “Aktiviti ini juga  dapat meningkatkan sumber pendapatan nelayan darat serta menyokong dan menjadi pemangkin kepada pembangunan industri perikanan reakreasi” katanya  pada majlis pelancaran pelepasan benih ikan  siakap di Sungai Benua, pada Selasa.

Majlis pelepasan benih ikan tersebut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail.

Sebanyak 2,500 benih ikan siakap telah dilepaskan pada majlis itu.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pelancongan dan Kesenian Kebudayaan (MOTAC) Labuan, Roslee Mat Jinun.

Terdahulu, Rithuan ketika ditemui media menjelaskan pelaksanaan program itu telah berjaya memberi manfaat kepada 564 nelayan tempatan yang aktif.

Katanya, benih ikan jenis siakap itu mengambil masa tempoh enam hingga lapan bulan untuk matang.
 
Menurut Rithuan, Sungai Kinabenuwa merupakan lokasi yang sesuai kerana ekosistem yang terpelihara bagi proses pembiakan dan pembesaran benih ikan tersebut.

“Jabatan Perikanan akan membuat program inventori untuk melihat keberkesanan dan keberhasilan terhadap program yang diadakan. Setelah empat program diadakan, benih-benih ikan sebelum ini telah membuahkan hasil kepada nelayan,” katanya kepada pemberita di perkarangan Jeti Perikanan Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN