31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

1,000 warga emas DUN Kundasang terima bantuan bakul makanan

Melah Lapat berasal dari Kg Tinutuan, Ranau, menerima bakul makanan yang diedarkan bermula kelmarin.

RANAU, 2 Jun 2022: Sebanyak 1,000 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan warga emas yang berumur 70 tahun ke atas dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang.

Bantuan tersebut disumbangkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai oleh Datuk Robert Tan.

Bakul makanan berkenaan diedarkan di 65 kampung bermula kelmarin.

Edaran dilaksanakan oleh para kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kundasang dengan kerjasama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam mengucapkan terima kasih kepada pertubuhan berkenaan serta komitmen semua yang terlibat mengedarkan bakul makanan berkenaan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN