26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Oktober 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

100 wanita di Labuan terima baucar Saringan Mamogram

GAMBAR: SIMBOLIK…. Siti Zailah (lima dari kiri), Dennis (dua dari kanan) bersama wanita yang mewakili 10 NGO’s  bergambar kenangan selepas menerima baucar Saringan Mamogram.

LABUAN: Seramai 100 wanita  yang melibatkan daripada 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO’s) di sini  menerima baucar  saringan Mamogram dan Ujian HPV-DNA sempena Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Serviks 2022 di Desa Tunas Hijau, Sungai Miri, dekat sini hari ini.

Majlis penyerahan baucar berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Menteri  Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.

Program anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)  melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) adalah salah satu usaha kementerian dalam  mempromosikan program subsidi ujian mamogram dan saringan kanser serviks (Ujian HPV DNA) kepada kumpulan wanita yang layak.

Siti Zailah  ketika berucap pada majlis itu menggesa  wanita seluruh negara khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan untuk merebut peluang menjalani ujian pengesanan awal kanser payudara dan  kanser serviks sempena Bulan Kesedaran Kanser Serviks 2022. 

Beliau berkata, menurut Laporan Daftar Kanser Kebangsaan, kes kanser  payudara merupakan kanser tertinggi iaitu 34.1 kes setiap 100,000 populasi wanita dan penyebab kematian.

Manakala kanser serviks merupakan kanser ketiga tinggi berlaku dalam kalangan wanita dan risiko meningkat selepas umur 30 tahun.

Jelas beliau lagi, berdasarkan kajian LPPKN mendapati hampir 80% wanita tidak pernah menjalani ujian mamogram.

“Justeru, saya  berharap dengan penglibatan pihak NGO akan membantu kerajaan menggalakkan lebih ramai wanita terutama dalam kalangan berisiko tinggi untuk tampil membuat saringan awal kanser reproduktif, “ katanya.

Dalam pada itu katanya, kerajaan melalui Bajet 2022, telah memperuntukkan RM11.5 juta bagi saringan dan ujian kanser payudara dan serviks di seluruh negara.

Hadir sama, Pengarah Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Pembangunan Penduduk Negara (LPPKN), Dr. Azizuddin Mohd Yusoff, Pengarah LPPKN, Negeri Sabah, Dennis Chai, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Labuan, Ansharey Matarsad dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Orang Kurang Upaya dan Warga Emas, JKM Sabah, Zulkiflie Hassan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN