Sebahagian peserta yg mengikuti kursus Simulasi Haji bersama pihak penganjur
PUTATAN : Seramai 100 peserta yang terdiri dari lelaki dan perempuan dewasa, kanak-kanak, remaja dan warga emas telah menyertai Program Simulasi Haji Selangkah ke Haramain yang berlangsung di perkarangan Masjid Daerah Sabtu lalu.
” Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan dari sudut agama menerusi pendekatan kepada golongan remaja dengan kerjasama golongan warga emas dan komuniti mengenai bagaimana mengerjakan ibadah haji sebenarnya,” Jelas Dr. Nik Farah binti Nik Yusof Fuad ketika ditemui semasa simulasi itu berlangsung.
Dr. Nik Farah selaku Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Putatan menambah program berbentuk Kursus Simulasi Haji ini diharap akan menambah kesedaran mengenai persiapan mengerjakan ibadah haji sebenar yang merupakan Rukun Islam kelima.
“Kursus Simulasi haji ini telah memberi pendedahan yang jelas bagaimana Mengerjakan haji di Tanah Suci Mekkah menerusi ceramah dan teori yang disampaikan oleh seorang penceramah undangan oleh Tabung Haji yang telah biasa menjalankan tanggungjawab sebagai pemudahcara sepanjang kursus simulasi itu, ” tambah Dr. Nik Farah yang juga Ketua Klinik Kesihatan Putatan.
Dalam sesi praktikal, Ustazah Saadiah telah menunjukkan kepada para peserta dan sekaligus melakukannya dan merasai bagaimana melakukan tawaf, melontar jamrah dan saie diantara Marwah dan Safa dengan menggunakan model Kaabah dan juga yang lain lain yang disediakan oleh pihak Tabung Haji Negeri Sabah,” kata Dr. Nik Farah.
Menurut beliau TH telah membuka Kaunter TH bergerak untuk memberi peluang para peserta membuka akaun TH kepada mereka yang belum membuka akaun..ini semuanya percuma dengan bantuan dan sokongan dari Pejabat Parlimen Putatan.
Sebahagian peserta melakukan latihan praktikal kursus haji
“Selain itu para peserta yang sudah ada akaun, mereka diberi kemudahan untuk membuat semakan dan mengemaskinikan akaun mereka, juga boleh meletakan wang depost persiapan untuk daftar haji sebanyak RM1,300.00 sebagai pendaftaran”, kata Puan Hidayah Binti Kupun, Pemangku Pengurus Cawangan TH Kota Kinabalu mewakili Pengarah TH.
“Dengan menjelangnya Hari Raya Aidiladha, Hari Raya Haji (Hari Raya Korban) yang kira kira seminggu lagi , maka menerusi Kursus Simulasi Haji Selangkah ke Haramain ini sedikit sebanyak mengimarahkan lagi suasana dibulan Zulhijjah iaitu bulan haji dan para peserta dapat merasai suasana korban Hari Raya Haji ini nanti,sambil mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang Menjayakan Kursus Simulasi Haji dengan jayanya dengan menyimpan Sijil Penyertaan sebagai kenangan, yang turut disertai oleh Klien JKPD/AADK Putatan,”jelas Dr.Nik Farah diakhir pertemuan..
Puan Hidayah Binti Kunun, Wakil Pengarah Tabung Haji Sabah
Pada program itu Klinik Kesihatan Putatan telah mengambil inisiatif untuk membuka kaunter Saringan Kesihatan kepada para peserta dan jemaah yang lain semasa kursus simulasi itu berlangsung.
Kursus Simulasi Haji anjuran Klinik Kesihatan Putatan, Panel Penasihat Klinik Kesihatan Putatan, Kelab Kebajikan dan Rekreasi Klinik Kesihatan Putatan (KESIPU), Kelab Warga Emas dan Kelab Remaja Klinik Kesihatan Putatan dengan kerjasama Tabung Haji Cawangan Kota Kinabalu dan Masjid Daerah Putatan dihadir oleh Puan Hidayah Binti Kupun wakil Pengarah TH Negeri Sabah, Ahmad Hj. Mahmood, Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Putatan, Pegawai Pegawai Pejabat Parlimen Putatan, Pejabat UPPM Petagas dan UPPM Tanjung Keramat bersama para doktor Pakar Perubatan Keluarga, Dr. Zanaridah dan Dr. Nadia dan doktor serta staf kejururawatan Klinik Kesihatan Putatan.
Sementara itu Jawatankuasa Penganjur dan Pelaksana Kursus Tajhiz Jenazah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah Putatan bersama Klinik Kesihatan Putatan, Panel Penasihat Klinik Kesihatan Putatan dengan Kerjasama Masjid Daerah Putatan pada turut mengadakan kursus jenazah di Masjid Daerah bermula jam 7.30 pagi hingga12.30 Tengahari.