22 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 22, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

10 pasangan pengantin diraikan  dalam Majlis Walimatul Urus Perdana MAIWP

SYED Kamarulzaman menyerahkan cek Cura Walimatul Urus Perdana bernilai RM57,000 kepada pasangan pengantin.

LABUAN: Seramai 10 pasangan pengantin diraikan dalam satu Majlis Walimatul Urus Perdana sempena Karnival MAIWP 2024, peringkat  Labuan yang di adakan di dewan Konvensyen Ujana Kewangan, pada Sabtu.

Pengerusi MAIWP, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata, kesemua pasangan pengantin yang diraikan merupakan golongan asnaf dan mualaf yang di taja sepenuhnya oleh MAIWP.

Jelas Syed Kamarulzaman,  tajaan itu  melibatkan penyediaan pelamin pengantin, busana pengantin  serta jamuan makan dan minum.

SYED Kamarulzaman menyaksikan majlis akad nikah salah seorang pengantin di majlis itu.

Selain itu pasangan pengantin juga menerima sumbangan wang tunai antara RM3,000 hingga RM5,000 yang secara  yang keseluruhannya MAIWP membelanjakan peruntukan  RM57,000.

“MAIWP menganjurkan secara besar besaran kali ini sempena Karnival Sambutan  50 tahun MAIWP yang turut menganjurkan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada masyarakat khususnya golongan asnaf di Wilayah Persekutuan Labuan ”katanya ketika ditemui pada majlis itu.

Hadir sama pada majlis itu, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Indera Suhaili Abdul Rahman,  Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat (PPZ MAIWP) Mohammed Hassan, Pengurus MAIWP Labuan, Ustaz Md Fadzli Md Saad serta ahli keluarga  terdekat pasangan pengantin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN