SERAH… Dr Fary (kanan) menyampaikan bantuan wang ehsan kepada salah seorang ketua keluarga dari kampung bebuloh sambil diperhartikan Ketua Kampung Bebuloh, Abdul Samat Maidin
LABUAN: Sebanyak 10 buah keluarga yang ditimpa musibah bencana di pulau ini menerima bantuan wang ehsan dari Tabung Bencana Perbadanan Labuan.
Majlis penyerahan ringkas bantuan wang ehsan setiap keluarga itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr. Fary Akmal Osman yang diadakan di beberapa kediaman terpilih mangsa bencana, pada Sabtu.
Dr. Fary ketika bercakap kepada media berkata, bantuan itu disalurkan kepada setiap mangsa yang ditimpa bencana angin ribut yang menyebabkan kerosakan atap dan kerosakan perabot rumah akibat rumah ditenggelami air.
“ Bantuan ini merupakan salah satu inisiatif Perbadanan Labuan bagi membantu penduduk di pulau ini yang ditimpa musibah.
Dr Fary berkata, Perbadanan Labuan di bawah salah satu Program Cakna Wilayah Prihatin akan menyediakan dua buah rumah transit bagi persediaan untuk memindahkan sementara mangsa-mangsa yang ditimpa musibah.
Katanya, pihaknya telah mengenal pasti dua buah rumah sewa ,ilik Perbadanan Labuan untuk dijadikan sebagai tumah transit sementara yang akan dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa pada minggu depan” katanya.
Sementara itu 10 buah keluarga yang menerima bantuan ehsan sebanyak RM 500 setiap keluarga itu ialah 4 buah keluarga dari Kampung Bebuloh, 2 buah keluarga dari Kampung Sungai Bedaun dan dan masing-masing satu keluarga dari kampung Sungai Lada, Gesrik dan Pohon Batu.