ADVERTISEMENTspot_img

𝐖𝐚𝐤𝐢𝐥 𝐊𝐃𝐌 𝐝𝐢𝐩𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐚𝐝𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧.

Walther Philip Micheal

𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍: 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐢 𝐒𝐓𝐀𝐑 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧, 𝐖𝐚𝐥𝐭𝐡𝐞𝐫 𝐏𝐡𝐢𝐥𝐢𝐩 𝐌𝐢𝐜𝐡𝐞𝐚𝐥 𝐦𝐞𝐧𝐳𝐚𝐡𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐤𝐞𝐜𝐞𝐰𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐚𝐝𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔-𝟐𝟎𝟐𝟕 𝐚𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐰𝐚𝐤𝐢𝐥 𝐩𝐞𝐦𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐊𝐚𝐝𝐚𝐳𝐚𝐧 𝐃𝐮𝐬𝐮𝐧 𝐌𝐮𝐫𝐮𝐭 (𝐊𝐃𝐌) 𝐝𝐢 𝐩𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐢𝐧𝐢 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐢𝐥𝐢𝐛𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐠𝐨𝐭𝐚𝐢 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐝𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤.

Beliau melihat ketiadaan wakil KDM dalam pelantikan Ahli Majlis itu menyifatkan dengan jelas bahawa Perbadanan Labuan menidakkan wakil masyarakat KDM termasuk masyarakat India.

‘Keputusan ini mencerminkan kegagalan Perbadanan Labuan memahami realiti sebenar masyarakat majmuk
Labuan, seolah-olah sumbangan komuniti KDM dan India tidak lagi relevan dalam
menentukan hala tuju pembangunan wilayah ini.

“Hakikatnya, komuniti KDM dan India telah lama menyumbang secara langsung kepada
pembangunan Labuan dalam sektor ekonomi, tenaga kerja, perkhidmatan, pembinaan serta
keharmonian sosial dan ini sekaligus memperlihatkan suara indentiti Borneo diabaikan dan dipinggirkan”, katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Walther turut menegaskan menyingkirkan suara masyarakat KDM daripada badan penasihat utama adalah tidak
adil, tidak wajar dan bertentangan dengan prinsip tadbir urus inklusif.

Dalam waktu yang sama beliau juga menzahirkan kebimbangan apabila hanya seorang sahaja anak jati Labuan dipilih mengangotai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Labuan, manakala empat lagi diwakili oleh individu dari luar.

“Keadaan ini menimbulkan persoalan serius mengenai hala tuju
pentadbiran Labuan dan secara tidak langsung menunjukkan bahawa Labuan semakin ditadbir secara berpusat dan tidak lagi
mengangkat pendekatan tadbir urus berteraskan cara Borneo, iaitu pentadbiran yang
menghormati suara tempatan, kepelbagaian etnik serta prinsip perkongsian kuasa dan hak
wilayah yang menjadi asas penubuhan Malaysia dan penyerahan Labuan” katanya.

Beliau juga turut mempersoalkan kegagalan kerajaan pusat melantik Ketua Anak Negeri (KAN) bagi kuota Bumiputera bukan Islam yang masih tertangguh memperlihatkan kerajaan pusat gagal memahami
kepentingan strategik lantikan Ketua Anak Negeri, khususnya
dalam memenuhi keperluan masyarakat majmuk khusunya masyarakat KDM dari sudut adat, kebajikan, rujukan komuniti dan keharmonian sosial.

Jelas Walther Penyerahan Labuan bukan bertujuan untuk menafikan hak anak jati atau memusatkan kuasa
secara mutlak, sebaliknya bertujuan memastikan pentadbiran yang lebih cekap tanpa
mengabaikan penglibatan bermakna rakyat tempatan dalam proses membuat keputusan yang
memberi kesan langsung kepada kehidupan mereka.

Tambah beliau, pentadbiran yang dikawal dari luar Labuan, tanpa kefahaman mendalam terhadap sejarah,
budaya, struktur sosial dan keperluan sebenar rakyat Labuan, adalah bercanggah dengan asas
dan tujuan asal penyerahan Labuan itu sendiri.

Sehubungan itu, beliau menegaskan pendirian bahawa keseimbangan perwakilan adalah
keperluan asas, bukan pilihan, dalam menentukan hala tuju Labuan.

Pentadbiran Labuan katanya mesti
menghormati kepentingan dan suara semua penduduk, khususnya Kaum Brunei, Kedayan,
Cina, India, Kadazan-Dusun-Murut (KDM) serta komuniti lain, agar dasar dan keputusan yang
dibuat benar-benar mencerminkan realiti masyarakat berbilang kaum di pulau ini.

Pentadbiran yang adil, inklusif dan berasaskan suara tempatan adalah prasyarat kepada Majlis Penasihat dan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Labuan serta institusi Ketua Anak Negeri
bukan badan simbolik. Kesemuanya mempengaruhi dasar, keutamaan pembangunan dan
keharmonian sosial.

Ketiadaan perwakilan KDM, India, dominasi pihak luar serta kelewatan
lantikan Ketua Anak Negeri merupakan satu bentuk penghakisan hak tadbir tempatan yang
boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap institusi pentadbiran.

Sehubungan itu, beliau menuntut agar semakan segera dan menyeluruh dibuat terhadap pelantikan Ahli Majlis Penasihat dan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Labuan.

Selain itu, perwakilan sah masyarakat KDM, India serta lebih ramai anak jati Labuan dimasukkan
tanpa alasan serta lantikan Ketua Anak Negeri (kuota Bumiputera bukan Islam) disegerakan, dengan
penglibatan serta pandangan pihak tempatan.

Beliau juga mengesa proses pelantikan dikembalikan kepada prinsip tadbir urus berasaskan suara tempatan,
identiti Borneo serta tujuan asal penyerahan Labuan yang selari dengan aspirasi masyarakat
berbilang kaum di Labuan.

“Labuan bukan sekadar wilayah pentadbiran pusat. Asal-usul Labuan adalah Sabah di Borneo,
dan kepelbagaian etnik serta cara hidupnya tidak terpisah daripada realiti masyarakat Sabah, masa depan Labuan tidak wajar ditentukan dari jauh tanpa mendengar suara rakyatnya
sendiri”, ujarnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN