Lo ketika berdailog bersama Wong dan ahli ahli Dewan Perniagaan Tionghua yang hadir pada majlis tersebut.
𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍: 𝐓𝐢𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐝𝐢 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 (𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧) 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐢𝐝𝐞𝐧𝐭𝐢𝐭𝐢 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐢𝐤𝐭𝐢𝐫𝐚𝐟 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐚𝐬𝐢 𝐞𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐠𝐥𝐨𝐛𝐚𝐥 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐚𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐣𝐮𝐡𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧.
Beliau berkata Labuan mempunyai kekuatan dan kelebihan yang strategik terutamanya dalam bidang kewangan antarabangsa minyak dan gas, maritim dan logistik yang perlu dihalusi bagi meletakkan Labuan sebagai destinasi ekonomi serantau dan global.
“Labuan tidak boleh mahu menjadi segala galanya dalam sekaligus, apa yang lebih penting ialah mencipta identiti yang kekal untuk menonjolkan keunikan, kekuatan agar pelabur mengetahui dengan jelas kelebihan Labuan tanpa sebarang keraguan” , katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam anjuran Dewan Perniagaan Tionghua Labuan (LCCC) yang diadakan di sini, semalam.
Lo turut menekankan Perbadanan Labuan sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu menumpukan kearah mempercepatkan pengunaan pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI) dalam siatem pencapaian perkhidmatan untuk meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pentabiran dan perniagaan.
Langkah ini katanya, sejajar dengan seruan kerajaan kearah pembangunan ekosistem kerajaan digital yang bertujuan mengurangkan birokrasi, meningkatkan tindak balas perkhidmatan selain dapat mengukuhkan keyakinan pelabur.
Lo juga berkata kerajaan persekutuan kekal komited untuk menangani cabaran pembangunan utama yang dihadapi oleh rakyat di pulau ini terutamanya dari sudut infrastruktur, kos sara hidup serta berusaha memastikan pertumbuhan ekonomi kearah yang lebih mampan dan inklusif.
Hadir sama, Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Labuan, Datuk Wong Kii Yii kepimpinan tertinggi Dewan Perniagaan Tionghua Labuan.



