Sebahagian minuman keras yang berjaya dirampas dalam operasi tersebut.
𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍:𝐀𝐠𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐚𝐭𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐌𝐚𝐫𝐢𝐭𝐢𝐦 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐀𝐏𝐌𝐌) 𝐙𝐨𝐧 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐠𝐚𝐥𝐤𝐚𝐧 𝐜𝐮𝐛𝐚𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐮𝐝𝐮𝐩 𝟓𝟒𝟎 𝐤𝐚𝐫𝐭𝐨𝐧 𝐦𝐢𝐧𝐮𝐦𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐬 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐞𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢 𝐡𝐚𝐦𝐩𝐢𝐫 𝐑𝐌𝟐𝟎𝟎, 𝟎𝟎𝟎. 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐜𝐮𝐛𝐚 𝐝𝐢𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧.
Pengarah APMM Zon Labuan Izwanhadi bin Hj Idros berkata, rampasan itu dibuat semasa Ops Sejahtera 1/2022 dan Ops TIRIS 3.0.
Beliau berkata pada sekitsr jsm 8.15 malam (Isnin) Bot PETIR 90 telah mengesan tiga buah bot yang dalam mencurigakan pada jarak kira kira 0.4 Batu Nautika Tenggara Pulau Papan.
“Ketika bot kami cuba menghampiri untuk membuat pemeriksaan ketiga tiga bot berkenaan bertindak melarikan diri. Bagaimanapun tindakan pantas anggota kami sebuah bot berjaya dipintas sehingga tersadai di Pulau Balangkasan dan merampas semua muatan, namun suspek berjaya melarikan diri ke pulau tersebut.
“Manakala dua lagi bot berjaya berpatah balik kekawasan Labuan berdekatan perairan Petronas” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Jelas beliau bot yang tersadai di Pulau Balangkasan bersama muatan telah dibawa ke Jeti Maritim Labuan untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah undang-undang penyeludupan dan peraturan Kastam.



