GAMBAR – Ir. Abdul Aziz Julkarnain
Ketua Pemuda UMNO Sabah
KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda UMNO Sabah membidas Pengerusi Lembaga Kebudayaan Sabah (LKS), Datuk Ismaily Bongsu kerana mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan untuk membenci dan tidak setia kepada raja.
Ketuanya Ir. Abdul Aziz Julkarnain berkata, kenyataan itu yang sedang
tular di media sosial amat mengejutkan pihaknya.
Katanya, kenyataan Ismaily yang dimuat dalam akaun FBnya berbunyi “𝑹𝑨𝑱𝑨 𝒃𝒆𝒓𝒑𝒆𝒍𝒆𝒎𝒃𝒂𝒈𝒂𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒏𝒂 𝒇𝒂𝒉𝒂𝒎𝒊. 𝑹𝒂𝒋𝒂 𝒃𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒂𝒌𝒔𝒖𝒎 𝒃𝒖𝒌𝒂𝒏 𝑻𝑼𝑯𝑨𝑵. 𝑩𝒂𝒏𝒚𝒂𝒌 𝒌𝒆𝒓𝒂𝒋𝒂𝒂𝒏 𝒂𝒅𝒂 𝒓𝒂𝒋𝒂 𝒋𝒂𝒕𝒖𝒉 𝒌𝒆𝒔𝒂𝒏 𝒓𝒂𝒌𝒚𝒂𝒕 𝒃𝒐𝒔𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒂𝒌𝒉𝒊𝒓 𝒌𝒆𝒓𝒂𝒋𝒂𝒂𝒏 𝒋𝒂𝒅𝒊 𝒓𝒆𝒑𝒖𝒃𝒍𝒊𝒌. 𝑰𝒏𝒅𝒐𝒏𝒆𝒔𝒊𝒂, 𝑭𝒊𝒍𝒊𝒇𝒊𝒏𝒂 𝒅𝒂𝒏 𝒃𝒂𝒏𝒚𝒂𝒌 𝒍𝒂𝒈𝒊.”

“Amat jelas dan terang kenyataan tersebut adalah salah di sisi undang-undang di bawah AKTA HASUTAN 1948 Seksyen 3(1)(a), (b), dan (d) serta KANUN KESEKSAAN Seksyen 121c.
“Kenyataan itu sangat tidak bertanggungjawab apatah lagi dengan kedudukannya sebagai Pengerusi LKS dan juga sebagai seorang pemimpin berpengaruh dalam Parti Warisan Sabah ini, mampu mempengaruhi pengikut-pengikutnya dan jabatan-jabatan kerajaan di bawah seliaannya untuk menjatuhkan institusi beraja dan menjadikan negara ini sebagai negara republik”, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Serentak itu, Abdul Aziz menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia yang sayangkan raja dan negara ini agar membuat laporan polis beramai-ramai agar tindakan mengekang anasir-anasir khianat ini dapat dibuat dengan pantas.
“Pihak polis juga harus bantu kami semua untuk membendung cubaan-cubaan seperti ini secepat mungkin.
“Buat sementara waktu, bolehlah guna peruntukan undang-undang seperti dalam Seksyen 11 Akta Hasutan 1948, agar anasir-anasir khianat dan bersifat subversif ini dapat dihentikan dengan tuntas dan tidak berulang lagi.
“Yakinlah bahawa Institusi Beraja di negara ini adalah satu simbol dan lambang perpaduan seluruh rakyat Malaysia. Mereka adalah payung kedaulatan negara untuk memberi naungan saksama kepada setiap warga tanpa mengira kaum, agama dan politik”, tegasnya.- Borneo Daily Bulletin