NABAWAN: Meskipun baru setahun jagung ditubuhkan Ahli Jawatankuasa Parti STAR Sabah Bahagian Nabawan, pastinya akan mengegarkan dunia politik di kawasan P.182 Pensiangan. Buktinya, barisan Ahli Jawatankuasa yang dipilih, menampilkan individu yang berpendidikan tinggi, sudah semestinya akan memantapkan kedudukan Parti Star P.182 Pensiangan.
16 Mei 2021 merupakan hari bersejarah untuk Parti Star Sabah, setelah sekian lama akhirnya Parti STAR Sabah bahagian N.46 Nabawan berjaya ditubuhkan. Lakaran sejarah ini pastinya menjadi titik tolak perjuangan Parti Star Sabah di kawasan pedalaman.
“Penubuhan Parti STAR Sabah Bahagian Nabawan akan mengukuhkan kedudukan parti ini dan akan membuka ruang kepada parti untuk terus berkembang di kawasan pedalaman Sabah khususnya” kata Ketua Bahagian Star Sabah N.46 Nabawan yang baru dilantik, Tuan Osman Aganduk.
Ellron ketika ditemui semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tri Tahunan Bahagian N.46 Nabawan di Kampung Kakutang, Nabawan. Berkata ” saya amat berbangga dengan barisan ahli jawatankuasa yang dipilih, mereka mempunyai kelayakan yang tidak boleh dinafikan lagi, kerana rata-rata mereka berpendidikan tinggi, dan elemen inilah yang pastinya akan merealisasikan perjuangan parti kelak.
Dalam pada itu, seramai 50 borang keahlian baru telah diterima oleh Timbalan Presiden parti Star Sabah, YB Datuk Ellron Angin, yang diserahkan oleh Ketua Bahagian N.46 Nabawan, Tuan Osman Aganduk.