ADVERTISEMENTspot_img

𝐊𝐊𝐃𝐖 𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧 𝟏𝟎 𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐏𝐏𝐑𝐒 𝐝𝐢 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐛𝐢𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐦𝐩𝐢𝐫 𝐑𝐌𝟗𝟎𝟎 Ribu.

Mohd Rafi (tiga dari kiri) secara simbolik menyerahkan geran peruntukan bina rumah baharu PPRS kepada salah seorang penerima (tiga dari kanan) di Tanjung Purun.

LABUAN:Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pada tahun ini telah meluluskan sebanyak 10 buah rumah bina baharu di bawah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) untuk keperluan rakyat Wilayah Persekutuan Labuan.

Satu majlis simbolik penyerahan geran peruntukan bina rumah baharu kepada bakal penerima telah disampaikan oleh Pengerusi Penasihat Giat MARA Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Mohd Rafi Datuk Ali Hassan yang telah diadakan pada minggu lalu.

Mohd Rafi yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan, berkata permohonan bina rumah baharu yang telah diangkat ke KKDW untuk kelulusan akan mula dibina dalam waktu terdekat dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan dari tarikh pembinaannya.

Mohd Rafi yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO pusat menjelaskan setiap rumah bina baru PPRS melibatkan kos RM85, 000.

“Program ini adalah salah satu inisiatif KKDW bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri yang lebih selesa dan selamat, sekali gus meningkatkan kesejahteraan rakyat khususnya di kawasan luar bandar di pulau ini” katanya ketika ditemui pada majlis serah geran peruntukan kepada penerima PPRS di Tanjung Purun.

Beliau berkata sehingga kini sebanyak 50 buah rumah PPRS telah siap dibina dan telahpun diduduki oleh pemohon.

Mohd Rafi berkat, program tersebut turut mendapat kerjasama GIATMARA Malaysia dalam usaha memperkukuh pembangunan komuniti serta meningkatkan taraf hidup rakyat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN