31 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 3, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐮𝐭 𝐇𝐢𝐧𝐝𝐮 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐡𝐚𝐢𝐩𝐮𝐬𝐚𝐦 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐫𝐚𝐤 𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐤𝐚𝐯𝐚𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐚𝐥 𝐊𝐮𝐝𝐚𝐦 𝐬𝐞𝐣𝐚𝐮𝐡 𝟏. 𝟓 𝐤𝐢𝐥𝐨𝐦𝐞𝐭𝐞𝐫.

Masyarakat Hindu berarak mengusung ‘Paal Kudam’ diatas kepala sebagai persembahan suci kepada Dewa Murugan.





𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍: 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝟑𝟎𝟎 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐮𝐭 𝐇𝐢𝐧𝐝𝐮 𝐝𝐢 𝐩𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐢𝐧𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐡𝐚𝐢𝐩𝐮𝐬𝐚𝐦 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐫𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐰𝐚 ‘𝐤𝐚𝐯𝐚𝐝𝐢’ 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐬𝐮𝐧𝐠 𝐏𝐚𝐚𝐥 𝐊𝐮𝐝𝐚𝐦 (𝐩𝐞𝐫𝐢𝐮𝐤 𝐬𝐮𝐬𝐮) 𝐬𝐞𝐣𝐚𝐮𝐡 𝟏. 𝟓 𝐤𝐢𝐥𝐨𝐦𝐞𝐭𝐞𝐫 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐡 𝐝𝐢𝐬𝐢𝐩𝐥𝐢𝐧 𝐬𝐩𝐫𝐢𝐭𝐮𝐚𝐥 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐚𝐧𝐭𝐚𝐢 𝐓𝐚𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐁𝐚𝐭𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐣𝐮 𝐊𝐮𝐢𝐥 𝐓𝐡𝐢𝐫𝐮𝐦𝐮𝐫𝐮𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐞𝐭𝐚𝐤 𝐝𝐢 𝐒𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐬𝐧 𝐔𝐝𝐚𝐫𝐚 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧, 𝐝𝐢 𝐬𝐢𝐧𝐢, 𝐩𝐚𝐠𝐢 𝐤𝐞𝐥𝐦𝐚𝐫𝐢𝐧.

Perarakan Thaipusam yang diraikan oleh penganut Hindu merupakan hari memohon ampun, menebus dosa dan menunaikan nazar
kepada Dewa Thirumurugan yang melambangkan keberanian, kebijaksanaan dan kemenangan kebaikan atas kejahatan.

Walaupun jumlah komuniti Hindu di pulau bebas cukai ini hanya kira kira satu peratus daripada jumlah penduduk Labuan yang melebihi 100,000 orang, namun mereka bebas meraikan sambutan keagamaan mereka dengan penuh harmoni.

Dalam pada itu, orang awam turut memeriahkan sambutan untuk sana sama menyaksikan upacara keagamaan masyarakat India yang berarak sepanjang jalan yang di lalui.






ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN