24.9 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mei 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Zon Maritim Labuan tingkatkan penguatkuasaan di kawasan PKPB dan PKPD

PANTAU…. Nor Bakari (tengah) ketika membuat pemantauan di persekitaran perairan Labuan.

LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Labuan memperketat pemantauan dan penguatkuasaan di sepanjang Pelabuhan Labuan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak 21 Oktober lalu hingga 13 November ini bagi menyekat kemasukan pendatang asing (PATI) sekaligus mengurangkan penularan virus Covod 19 ke Labuan.

Pengarah Zon Maritim Labuan Komander (M) Nor Bakari Abu Bakar dalam satu kenyataan media berkata, Zon Maritim Labuan akan terus meningkatkan rondaan dan pengawasan berikutan tindakan Keselamatan Negara (MKN), melaksanakan sekatan terhadap beberapa kawasan Zon Merah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) seperti di lokaliti perumahan setinggan Kampung Saguking, bagi memutuskan rantaian penularan pandemik COVID-19.

TINJAUAN….Nor Bakari (tengah) bersama Nerzaliza Kartika (dua kanan), Muhamad Farid (kiri sekali), Dr, Ismuni (dua kiri) dan Asani (kanan sekali) ketika melakukan tinjuan dari bot peronda Zon Maritim Labuan, pada Ahad

Beliau berkata, pihaknya bersama agensi kerajaan tempatan yang lain telah menggerakkan aset untuk memantau serta melaksanakan penguatkuasaan dan kawalan keselamatan PKPD dan PKPB di sebahagian lain Wilayah Persekutuan Labuan. Pemasangan dawai berduri di sekitar kampung berkenaan dan sekatan laluan sungai di sepanjang Pelabuhan Labuan turut dilakukan.

Nor Bakari berkata, sepanjang tempoh pelaksanaan PKPB ini, sebanyak 32 pemeriksaan dilakukan ke atas 29 bot penumpang, dua bot tunda dan sebuah bot nelayan.

“Manakala, pegawasan di sekitar Terminal Feri Antarabangsa Labuan juga diperketatkan bagi memantau kemasukan penumpang-penumpang dari Menumbok, Sabah. Dua aset bot dan 15 anggota Maritim Malaysia telah ditugaskan secara bergilir untuk memastikan operasi pemantauan dan penguatkuasaan berjalan dengan lancar di kawasan berkenaan”, katanya.

Sementara itu, pagi kelmarin beliau bersama sama Pengarah Majlis Keselamatan Negara Labuan, Nurlizah Kartika Abdullah, Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr. Ismuni Bohari, Ketua Polis Daerah Labuan, Superitendan Muhammad Farid Ahmad dan Pengarah Imigresen Labuan, Asani Ladjani telah membuat tinjauan di sekitar perairan Labuan bagi melihat lebih dekat peranan yang dimainkan oleh Maritim Zon Labuan terutamanya dalam melaksanakan Operasi Benteng Laut Timur.

Menjelaskan mengenai Op Benteng Laut Timur, Nor Bakari berkata, pihaknya mendapat bantuan daripada Maritim Zon Sabah dari segi aset kapal untuk memperluaskan lagi kawalan perairan khususnya di perairan Labuan dengan bantuan sebuah bot (Pengawal 39).

“Op Benteng Timur Laut melibatkan seramai 100 anggota Zon Maritim Labuan bagi memastikan keselamatan perairan Labuan sentiasa terjamin daripada sebarang pencerobohan” katanya.

TAMAT

Gambar:

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN