30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

ZETTY, HOLY MENANG PAKAIAN PATRIOTIK DAN RETRO KOBOI

Holy dan Zetty bersama Pengerusi JPKK (berbaju merah)

RANAU: Adik Zetty Joy, murid Tahun 3, Sekolah Kebangsaan Nalapak dan Holy Kristal, pelajar Tingkatan 2, Sekolah Menengah Kebangsaan Lohan Ranau masing-masing menang anugerah pakaian patriotik dan koboi retro sempena sambutan Hari Malaysia yang diadakan di Dewan Komuniti Kampung Kebuh, baru-baru ini.

Dalam pertandingan lagu-lagu P. Ramlee & Saloma, Pengerusi Belia Teguh Kampung Kebuh, Che Jol muncul johan. Naib johan dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Andry Solvedo dan Adrian Hasan. Pemenang ditentukan melalui undian terbuka kepada umum.

Dari kiri: Adrian (Ketiga), Che (Johan), SolVedo (Naib Johan) bersama KK Sompit

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengerusi JPKK Kampung Kebuh, Nurjana Abas dan Ketua Kampung, Sompit Botinggo.

Menurut Che (Pngerusi Belia Teguh), program kampung iaitu Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini dikelola sepenuhnya oleh kelab tersebut yang bertujuan memupuk semangat permuafakatan khususnya di kalangan belia.

“Seperti yang dijelaskan oleh Pengerusi JPKK dalam ucapan aluannya sebentar tadi, hujung tahun ini kita bercadang mengadakan program 3 dalam 1 iaitu Sambutan Hari Krismas, Tahun Baru 2023 dan Perpisahan Pelajar yang akan dikelola bersama oleh para belia dan wanita. Terimakasih atas sokongan dan sumbangan semua kita,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN