27.3 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

YWP santuni asnaf dan pesakit kronik di Labuan

GHULAM (bersongkok) bersama Rafi ketika menyantuni salah seorang pesakit kronik bagi menyampaikan bantuan yang diperlukan.

LABUAN: Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada lima keluarga asnaf termasuk pesakit kronik.

Lima buah keluarga yang disantuni melibatkan keluarga yang tinggal di Kampung Pohon Batu, Layang Layangan, Pantai, Patau Patau Dua dan Durian Tunjong.

Menurut Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWP, Ghulam Muszaffar Ghulam Mustakim, YWP sentiasa prihatin dan cakna kepada warga Labuan khususnya mereka yang memerlukan bantuan.

“Hari ini rombongan kita telah menyampaikan bantuan kepada lima keluarga asnaf dan menghadapi masalah kesihatan”katanya kepada media selepas menyampaikan bantuan kepada golongan tersebut diKampung Durian Tunjong, baru baru ini.

Katanya, program seperti inibukan program secara ‘one off’, sebalik nya program turun padang yang sentiasa dijalankan oleh YWP bagi memastikan golongan yang memerlukan terbela.

Jelas beliau lagi, YWP tidak pernah mengenepikan warga Labuan dengan melaksanakan pelbagai program dan bantuan yang boleh dimanfaatkan oleh warga Labuan.

“Antara program dan bantuan yang dilaksanakan oleh YWP untuk  ketiga tiga Wilayah termasuk Labuan meliputi aspek pendidikan , kebajikan dan sosioekonomi”,katanya.

Program yang mendapat kerjasama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) itu turut dihadiri Pengerusi Penasihat Giat MARA Labuan,Datuk Mohd Rafi Ali Hassan dan Pengurus MAIWP Labuan,Ustad Md.Fadli Md.Saad.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN