31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

YNJ Beri Sumbangan 30 Asnaf, Saudara Baru HCF KK

Toh Puan menyampaikan sumbangan kepada penerima sumbangan Muallaf Hidayah Centre, Nursharmi.

KOTA KINABALU : Yayasan Nur Jauhar (YNJ) menyampaikan sumbangan kepada 30 asnaf dan dua saudara baharu dari Hidayah Centre Foundation (HCF) Cawangan Kota Kinabalu.

Penyampaian tersebut disempurnakan oleh Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni yang juga Penasihat YNJ.

Menurut Ketua Operasi Wilayah Sabah HCF, Ustaz Mohd Zulazrie Dahim Dan berkata pihaknya memberi fokus kepada penerapan ilmu agama serta pendidikan Islam kepada mualaf.

“Elemen paling penting yang perlu diterapkan dalam diri saudara baru ialah mendalami ilmu agama dan  memberi pendidikan tentang Islam kepada para mualaf.

“Antara aktiviti HCF yang telah dilaksanakan untuk menambah ilmu pengetahuan  mereka ialah dengan mengadakan program iftar pada bulan Ramadhan dan program korban khas baru-baru ini,” ujarnya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada 30 Muallaf HCF di Istana Seri Kinabalu.

HCF  telah beroperasi sejak 2018 mempunyai lapan cawangan di seluruh Sabah  iaitu  Kota Kinabalu, Papar, Bundu Tuhan, Keningau, Kota Marudu, Pagalongan, Beluran dan Labuan./ PENERANGAN

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN