27.3 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

YDS sampaikan sumbangan kepada 25 cawangan PMBS

SUMBANGAN RAMADAN…Ketua Cawangan PMBS, Haji Pg Japar Hj Pg Osman menerima sumbangan disampaikan oleh Mohd Arifin sambil diperhatikan oleh CEO YDS, Datuk Sapdin Ibrahim

Oleh: Haji Mohd Amin Haji Muin


KOTA KINABALU: Yayasan Dangsanak Sabah (YDS) menyampaikan Sumbangan Ramadan kepada 25 cawangan-cawangan Persatuan Masyarakat Brunei Sabah dalam Majlis Bersama Pemimpin Masyarakat Daerah Membakut dan Majlis Penyampaian Sumbangan Yayasan Dangsanak Sabah di Dewan Saadah Wisma Muis petang kelmarin.


Sumbangan disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi selaku Presiden Persatuan Masyarakat Brunei Sabah dan Pengerusi YDS, Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif.


Sumbangan RM1,000 kepada setiap cawangan ini untuk membolehkan cawangan2 PMBS seluruh Sabah mengadakan aktiviti mereka di bulan Ramadan ini.


Sebelum penyampaian sumbangan mereka bersama yang hadir juga berkesempatan mendengar taklimat (libat urus) oleh wakil2 lima egensi dan jabatan kerajaan iaitu ICU di JPM, Jabatan Kerja Raya dan Pan Borneo,SESB,Jabatan Air dan Bahagian Tugas-Tugas Khas.


Turut hadir di majlis terus Berbuka Puasa,Solat Maghrib,Isyak dan Tarawi itu ialah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kanan (Tugas-Tugas Khas), Ustaz Sidek Haji Awang Adi, Timbalan Pengerusi YDS yg juga Timbalan Presiden PMBS, Datuk Haji Pengiran Saifuddin Tahir , Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) YDS, Datuk Hj Sapdin Ibrahim , Pengerusi Baitulmal Datuk Hj Raisul Assalam Datuk Hj Sulaiman Omar, naib2 Presiden PMBS, SU Agung, Norhasan Ismail ,Ketua Penerangan, Haji Mohd Amin Hj Muin, AJP PMBS dan ketua2 cawangan PMBS.

PMBS TG ARU…Pengiran Allyuddin Pengiran Ahmad Tajudin Ketua PMBS Tg Aru Kota Kinabalu menerima sumbangan disampaikan Mohd Arifin.


Turut bersama di majlis itu, Ketua Hakim Mahkamah Syariah Negeri, Pengarah Jabatan Air, Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya, Encik Shamsul Nizam Haji Wahid, Penyelaras UPPM Membakut, Shamsul Husry Haji Abdul Wahid dan jemputan-jemputan yang lain.


Selepas penyampaian sumbangan dan sementara menunggu Majlis Berbuka Puasa, penganjur mendatangkan pendakwa dari Indonesia,bekas penyanyi salah sebuah band terkemuka di Indonesia ialah Derry Sulaiman.


Beliau juga turut menyampaikan dua buah lagu dakwah antaranya lagu popular beliau yang menjadi kegemaran anak-anak Dunia Hanya Sementara.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN