24.9 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mei 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

YB adalah wakil rakyat untuk semua di kawasannya: Robert Tawik

Robert (empat dari kanan)menyampaikan sumbangan kepada Sisom.

KENINGAU:Ahli Yang Berhormat (YB)adalah wakil rakyat untuk semua kaum dan anutan agama di kawasannya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk  Robert Tawik @ Nordin berkata, ini kerana seseorang wakli rakyat bukan dipilih oleh satu kaum dan agama sahaja tetapi masyarakat pelbagai kaum dan anutan agama di kawasan yang ditandinginya.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata demikian selepas menghulurkan   sumbangan kewangan untuk pembinaan Mini Dewan Ziarah Nulu Tritunggal St. Anthony Abbot Apin-Apin dekat sini hari ini.

Sumbangan tersebut diterima oleh Pengerusi Komiti Nulu Tritunggal Sisom Munsoh bersama jawatankuasanya.

“Apabila saya dipilih sebagai wakil rakyat di kawasan ini, saya berbuat demikian kerana saya sedar yang mengangkat saya sebagai wakil rakyat adalah terdiri dari masyarakat pelbagai kaum dan anutan agama” katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Bahagian StarSabah Bingkor Robert Paulus dan kakitangan UPPM N.40 Bingkor.

Sementara itu Pengerusi Komiti Nulu Tritunggal Sisom Munsoh merakamkan ucapan terima kasih kepada Robert atas sumbangan tersebut.

Katanya, sumbangan tersebut akan digunakan bagi membiayai pembinaan mini  Dewan tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN