ADVERTISEMENTspot_img

YAYASAN DANGSANAK SABAH SAMPAIKAN AMAL AIDILFITRI KEPADA RUMAH ANAK YATIM, PUSAT TAHFIZ DAN AHLI PMBS

UNTUK RUMAH ANAK YATIM DAN ASNAF…Mohd Arifin (empat dari kiri) diiringi Pg Saifuddin (empat kanan) Ahmad Shah( tiga dari kanan), CEO Yayasan Dangsanak Sabah,Datuk Hj Sapdin Ibrahim (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada wakil Rumah Anak Yatim dan Asnaf Kg Silad Ranau.

KOTA KINABALU: Yayasan Dangsanak Sabah ( YDS) menyampaikan sumbangan kepada tiga buah rumah anak yatim, dua buah pusat tahfiz, di negeri ini melalui Program Amal Aidilfitri tahun ini.

YDS juga turut menyampaikan sumbangan kepada dua ahli cawangan Persatuan Masyarakat Brunei (PMBS) yang ditimpa musibah dan masalah kesihatan.

Sumbangan kewangan berjumlah RM12,000 itu disampaikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Presiden PMBS, Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif sempena Majlis Mahabbah Aidilfitri PMBS 2026 di Dewan Utama Wisma Wanita Likas pada pagi Sabtu lalu.

Lima penerima sumbangan itu masing-masing menerima RM2,000 dan dua ahli PMBS masing-masing menerima RM1,000 wang tunai yang diterima oleh Pengerusi, pengetua, wakil pusat-pusat itu dan wakil ahli PMBS.

Antara oenerima sumbangan Amal Aidilfitri dari Yayasan Dangsanak Sabah itu ialah
Madrasah Tahfiz Alquran Al Karim Kg. Benoni, Papar yang diterima oleh pengerusinya, Datuk Ir Haji Yahiya Hj Ag Kahar.

Gambar atas: RINGANKAN BEBAN ..Mohd Arifin menyampaikan sumbangan kepada isteri Mohd Yusof di majlis itu. Gambar bawah: Mohd Arifin (kiri) menyampaikan mok cek kepada wakil Rumah Anak Yatim HOME Tuaran

Maahad Tahfiz Al- Quran Ibnu Al-Jazari, Beringis, Papar yang diterima oleh pengetuanya,
Persatuan Pengurusan Rumah Anak Yatim Islam Pitas, Baitul Amin, Pitas, Rumah Anak Yatim dan Asnaf, Kg Silad Ranau dan Rumah Anak Yatim HOME Tuaran.

Dua ahli PMBS yang turut menerima sumbangan ialah Timbalan Pengerusi PMBS Bandaraya, Encik Abdul Mumin Bin Mohammad dan Ketua Penerangan PMBS Tg Aru Kota Kinabalu, Mohd. Yussof bin Kassim.

Berucap pada Majlis Mahabbah Aidilfitri sebelum penyampaian itu Pengerusi YDS, Datuk Haji Ahmad Shah Hj Talib berkata meskipun sumbangan ini kecil tetapi ianya sekurang-kurangnya akan dapat meringankan beban rumah anak yatim, pusat tahfiz dan juga penerima perseorangan.

Ahmad Shah yang juga Pengerusi Pelaksana Progran Mahabbah Syawal PMBS 2026 turut nerakamkan jutaan terima kasih kepada Presiden PMBS, Timbalan Presiden, Datuk Hj Pengiran Saifuddin Pg Tahir, Ketua Pegawai Eksekutif YDS, Datuk Haji Sapdin Ibrahim dan semua AJP PMBS yang menjayakan program ini.

“Atas kerjasama dalam satu pasukan kita dapat melaksanakan beberapa program terbesar PMBS dan YDS sebelum ini,” katanya yang juga Naib Presiden 2 PMBS.

DATUK AHMAD SHAH ..Pengerusi Yayasan Dangsanak Sabah.

Menurut Ahmad Shah YDS juga sebelum ini telah melaksanakan beberapa aktiviti dalam menjayakan program yang dianjurkan bersama dengan PMBS.

” Sejak tiga tahun lalu kita juga menyampaikan sumbangan kepada ratusan pelajar-pelajar anak-anak ahli PMBS dan masyarakat Brunei di Sabah yang cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ( STPM), tambahnya.

Setiap pelajar katanya menerima sumbangan tunai antara RM300 hingga RM500.

Ahmad Shah berkata anugerah ini akan diteruskan lagi tahun ini dan dijangka akan lebih ramai lagi pelajar-pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM dan STPM akan menerimanya sebagai dorongan dan galakkan agar mereka terus maju dalam pendidikan.

Lebih 400 orang terdiri dari ketu-ketua cawangan dan ahli PMBS serta tetamu jemputan
menghadiri majlis yang penuh meriah dan gilang gemilang itu.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Presiden PMBS yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Manis, Datuk Haji Pengiran Saifuddin Pg Tahir, Ahli Parlimen Putatan, Datuk Shahelmey Yahya, Wakil Rakyat Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya, Penasihat PMBS, Datuk Haji Mohd Yusof DSP Mohd Kassim, bekas Presiden PMBS, Datuk Hj Pengiran Hussein Datuk Pg Tahir, bekas Mayor Bandaraya, Datuk Alias Ibrahim, Konsul Agung Brunei Darussalam di Sabah, Dayang Fauzana Octavia Alli, ketua-ketua jabatan dan tetamu jemputan yang lain.

.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN