30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

YAYASAN RYTHM LAKSANA PROJEK PERKASA KEUPAYAAN REMAJA, WANITA DI KAWASAN PEDALAMAN

Lawatan tapak BKK – (dari kiri) Ketua Komuniti Thailand Khun Annie,  Pengasas dan Pengarah Teknikal ASA Yayasan Indonesia, Lee Hawkins, Ketua Yayasan RYTHM, Qi Group Malaysia, Santhi Periasamy,


0leh: Liza Din

KUALA LUMPUR: Yayasan Rythm yang merupakan agensi di bawah Kumpulan Qi mengumumkan projek memperkasakan kebolehupayaan golongan remaja dan wanita kurang berkemampuan khususnya yang tinggal di pedalaman di Thailand.

Melalui projek tersebut, golongan tersebut diberi latihan agar mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran fizikal, sosial, ekonomi dan budaya.  

“Inisiatif tiga tahun itu menggabungkan pendidikan dan sukan untuk memacu perubahan sosial bermula dengan melatih 60 wanita, termasuk ibu tunggal dan wanita daripada keluarga berpendapatan rendah berumur antara 21-35 tahun sebagai fasilitator program tersebut.

“Projek ini bertujuan agar mereka mampu meningkatkan pendapatan dan mata pencarian melalui kemahiran seperti dalam bidang keusahawanan, bijak dalam pengurusan kewangan, kepimpinan diri dan sebagainya.

“Mereka juga didedahkan dengan kemahiran komunikasi berkesan, perhubungan interpersonal, pembinaan sahsiah diri, empati, pemikiran kritis serta kemahiran berfikir kreatif dan pembangunan tenaga kerja masa hadapan,” katanya.

BKK 4 – (dari kiri) Jeneral Chanvut Bajrabukka, Vachara Boonchuseth, QVI Thailand;, QIS Thailand; Jeneral Vorachate Vatcharaboonchoti, QNET Thailand; (5 dari kiri) Ketua Yayasan RYTHM, Qi Group Malaysia, Santhi Periasamy dan Pengarah Operasi Antarabangsa QNET, JR Meyer,

Menurutnya, matlamat projek berkenaan adalah supaya mereka ini kelak mampu menjadi ejen perubahan kepada komuniti mereka dan seterusnya membawa perubahan bagi dari segi peningkatan ekonomi dan sosial.

“Projek ini bertujuan memberi manfaat kepada lebih 10,000 wanita dan gadis muda yang kurang bernasib baik di negara ini.  Ia juga akan memberi penekanan keseluruhan terhadap keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan masyarakat untuk membolehkan mereka melindungi diri mereka daripada penyakit, bencana dan exploitasi,” katanya.

Ketua Yayasan Rythm, Santhi Periasamy pula berkata, projek tersebut bagi meningkatkan keupayaan komuniti supaya mampu menjadi ejen perubahan bagi jangka panjang.

“Rangka kerja yang disusun dengan teliti ini akan dilaksanakan di Wilayah Chonburi di timur Thailand melalui kerjasama antara Yayasan Rythm dan Yayasan ASA iaitu sebuah NGO yang memberi tumpuan kepada pendidikan dan pemberdayaan belia,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN