30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Yayasan @ Hassan Dalimpos mengekalkan jawatan YDP PIBG SK Kopuron Telupid,

Yayasan D (duduk tengah) kekal pengerusi YDP PIBG SK Kopuron, timbalan Yesilis (duduk kedua dari kiri), Wahini (duduk kiri), bersama Ajk PIBG yang lain mengabadikan kenangan selepas mesyuarat agung.

TELUPID : Yayasan @ Hassan Bin Dalimpos sekali lagi terpilih dan mengekalkan kedudukan sebagai Pengerusi Yang DiPertua (YDP) Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) buat kali kedua bagi sesi 2023-2024.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Kopuron Telupid, Wahini Yukun berkata, pemilihan pada Mesyuarat Agung memilih semula YDP PIBG berdasarkan kepada keputusan borang kaji selidik ahli yang disiarkan dan pemilihan langsung di Kelas Tahun 6, sekolah tersebut pada Selasa.

Katanya, ketika mesyuarat dijalankan, rata-rata semua ahli PIBG memilih beliau ( Yayasan) agar dilantik semula menjadi pengerusii YDP PIBG SK Kopuron. Manakala timbalan YDP PIBG disandang oleh Yasilis Sulitam yang terpilih dalam undian menggantikan mantan penyandang Pallirius Paul.

Dalam ucapan perasmian oleh Guru Besar, Wahini menyarankan agar ibubapa PIBG sentiasa bekerjasama dan saling bersatu dalam memastikan agenda pendidikan dapat dilaksanakan demi kemenjadian murid-murid.

Menurut beliau, masih banyak program yang akan dilaksanakan dan akan digalas ahli jawatan kuasa PIBG yang baru, ini termasuklah program-program sekolah, soal pembangunan pendidikan, ekonomi dan sahsiah murid.

Wahini turut menghargai usaha Pengerusi PIBG dalam memastikan kesejahteraan Sekolah selama dalam perkhidmatan dan memohon meneruskan jasa bakti tersebut bagi sesi kedua kerana khidmat beliau (Yayasan) masih sangat diperlukan oleh pucuk pimpinan Sekolah ini.

Sempena Mesyuarat Agung tersebut turut dikekalkan jawatannya ialah Setiausaha Fedra @ Nani Cleophas, bendahari Mary Ann Marcus, timbalan setiausaha Pamela Minsih, biro pembangunan George Munsang, biro sukan Vira Rizuani Mailan, biro kebajikan Wilben Pedtong, biro kebersihan dan keceriaan Jusrid Sabitang,biro jamuan Moslin Kurubut, biro kebudayaan Suzana Pedtong, biro harta benda Stmas J Sool, biro perhubungan Palirius Paul, biro pendawaian Mayur Salungin, biro pendidikan Doren Dos dan dua orang audit iaitu audit dalaman Lainah Nikah dan audit luar Addeysyam @ Judith Baranting.

Turut diadakan dalam mesyuarat agung tersebut ialah penyampaian sijil penghargaan oleh Wahini kepada ahli jawatan kuasa sesi 2022 yang lalu…Ends/-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN