Gambar: KENANGAN…. Yamani (empat dari kanan) bergambar kenangan bersama Suhaili (tiga kiri) sempena lawatan ke ASB Sdn. Bhd, pada Sabtu.
LABUAN: Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez melakukan lawatan kerja sehari ke Asian Supply Base Sdn. Bhd (ASB), pada Sabtu.
Yamani yang tiba di di perkarangan bangunan ASB Sdn. Bhd kira-kira jam 8.45 pagi disambut oleh Pengerusi syarikat itu, Datuk Suhaili Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif ASB Sdn. Bhd, Japar Esteban.
Turut hadir Timbalan Pengerusi ASB Sdn. Bhd, Azizah Atoh, Ali Lembaga Pengarah ASB Sdn Bhd, Datuk Harun Ismail dan Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Kewangan II, Muhammad Yazrin Zaifuddin Zainuddin.
Yamani yang juga Ahli Parlimen Sipitang ketika ditemui media berkata, antara agenda lawatan beliau ke ASB Sdn. Bhd. bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pengoperasian ASB sebagai hub logistik industri minyak dan gas di Wilayah Persekutuan Labuan.
“Saya optimis ASB yang telah berjaya mengekalkan reputasinya sebagai pengendali syarikat utama dirantau ini mampu membangunkan dan memperluaskan pangkalan bagi menampung keperluan yang semakin meningkat oleh pemain industri” katanya.
Beliau turut menjelaskan pihak pengurusan ASB sedang berusaha untuk menyelesaikan urusan tanah dengan pihak berkuasa tempatan bagi tujuan pembesaran tapak operasi syarikat.