27 C
Kota Kinabalu
Sabtu, April 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Yaacob Hamud, Pegawai JaPen, Ranau yang baharu.

Oleh: Aduka Jasnin Suman

RANAU: Penolong Pegawai, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Negeri Sabah  Yaacob Hamud, 51,  dilantik sebagai Pegawai Penerangan Daerah Ranau yang baharu.

Yaacob Hamud

Beliau menggantikan pegawai sebelum ini, Sylvia Sumping yang bertukar ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat di Putrajaya.

Sebelum Yaacob ditukarkan ke daerah ini, jawatan Pegawai JaPen Ranau, dipangku, Pembantu Penerangan, Mohd Sabri Sailus.

Yaacob yang berasal diri Kg.Sungai Lada, Labuan, sebelum ini pernah bertugas di daerah Pitas selama 10 tahun sebagai Pegawai Penerangan Daerah (PPD) bermula 2008.

SUAI KENAL.Yaacob (kiri) dan pengamal media Ranau

Beliau mula berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam bermula tahun 1990 dan pernah bertugas di beberapa jabatan sebelum bertukar ke JaPen, Sabah.

Terdahulu, beberapa orang pengamal media di daerah ini telah mengadakan kunjungan mesra ke atas Pengawai Penerangan Ranau yang baharu hari ini, 20 November 2019′ di Pejabat JaPen, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Ranau.

Antara lain tujuan kunjungan itu ialah, suaikenal, disamping mengeratkan lagi silaturahim antara JaPen di peringkat daerah serta kerjasama publisiti.-TAMAT-

YAACOB (tengah) dan Sabri (kiri sekali), bergambar bersama beberapa pengamal media daerah Ranau pada kunjungan itu
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN