33 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

WUJUDKAN SISTEM TAGAL DI SETIAP KAMPUNG : ABIDIN MADINGKIR

Abidin (gambar) semasa memberi makan ikan di sungai yang telah ditagal itu


RANAU : Masyarakat di setiap kampung yang mempunyai sungai diseru agar mewujudkan sistem tagal bagi memulihara sumber ikan air tawar.

Tagal atau bombon ialah sistem pengurusan sumber asli tradisional yang mapan terutamanya bagi sumber hidupan akuatik sungai di Sabah, Malaysia.

‘’Ikan di sungai yang ditagal atau dibombon tidak boleh ditangkap atas persetujuan masyarakat pelaksana. Melalui sistem ini, penggunaan sumber semula jadi dihadkan untuk pemuliharaan dan bagi memastikan kewujudan sumber tersebut berterusan untuk generasi akan datang” kata Datuk Abidin semasa merasmikan Tagal Kampung Tompios.

Katanya lagi ‘Sistem tagal adalah di bawah pemantauan oleh Jabatan Perikanan Sabah. Tujuan sistem ini adalah untuk mengatasi masalah kekurangan sumber ikan air tawar dan mengelakkan pencemaran sungai selain menjana pendapatan masyarakat. Sistem ini juga sekaligus dapat memberi manfaat kepada industri pelancongan di Sabah’.

Beliau memuji  inisiatif masyarakat berkenaan kerana telah mewujudkan tagal di kampung tersebut. Menurutnya, Kementerian Pelancongan melalui Pejabat Daerah dan pihaknya sendiri akan sentiasa memberikan sokongan bagi memajukan tagal-tagal yang telah diusahakan di setiap kampung.

Dalam ucapan perasmiannya, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah itu telah memberikan sumbangan sebanyak RM5000 kepada penduduk berkenaan bagi pembelian baja ikan dan juga untuk kegunaan lain.
 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN