30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mac 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Wiramuda StarSabah sumbang air minuman kepada Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor.

Victoria (kiri) menyampaikan air minuman kepada Kamaruddin.

KENINGAU:.Timbalan Ketua Wiramuda StarSabah Razzidin Robert menyumbangkan 25 katon air mineral (air minuman) kepada Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor.

Sumbangan Raziddin yang juga Bendahari StarSabah Bahagian N.40 Bingkor disampaikan oleh wakilnya Victoria Vincent kepada Timbalan Pengerusi Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor Kamaruddin Said.

Sumbangan Air Mineral adalah untuk kegunaan semasa Bulan Ramadan ini.

Kamaruddin berkata, dengan adanya sumbangan tersebut, dapat menampung keperluan keperluan semasa mengerjakan ibadah puasa dan masa mengerjakan solat tarawih.

Beliau mewakii Pengerusi Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor Hj Yazid Hj Mohd Hasnan Tawik @ Charles dan Jawatankuasa Masjid merakamkan terima kasih kepada Razzidin yang bermurah hati menghulurkan sumbangan tersebut.

Dalam pada itu Raziddin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan dan Selamat mengerjakan ibadah Puasa.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN