26 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Wiramuda STARSABAH sampaikan sumbangan kepada penghuni, kakitangan rumah Don Bosco Bundu Tuhan

SERAH SUMBANGAN…Kong bersama barisan Exco Wiramuda Star Sabah menyampaikan bantuan barangan makanan kepada Rev.Fr.Micheal Modoit

RANAU: Pergerakan Wiramuda Star Sabah menjalankan kerja amal kepada penghuni dan kakitangan Rumah Kanak-Kanak Don Bosco Bundu Tuhan dengan menyumbangkan barangan makanan bagi meringankan bebanan mereka.

Program itu diketuai Kong Soon Choi bersama 12 orang Exco Wiramuda Star Pusat telah mengagihkan barangan makanan berupa beras, mee segera selain bahan makanan basah yang diterima oleh Rev.Fr.Micheal Modoit dan Sr.Clarice George selaku penjaga rumah kanak-kanak tersebut pada Sabtu.

Dalam pada itu, Kong menjelaskan, pihaknya amat prihatin dengan nasib para penghuni rumah kanak-kanak itu yang kebanyakannya datang daripada keluarga kurang berkemampuan dan berharap sumbangan mereka mampu meringankan sedikit bebanan pihak pentadbiran.

Kong turut berkesempatan menjalankan kerja-kerja mengecat tembok disalah satu kawasan Rumah Kanak-Kanak Don Bosco Bundu Tuhan.

“Kita akan meneruskan kerja amal ini setiap tahun dan mensasarkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan seperti rumah kanak-kanak Don Bosco dan Rumah Anak-Anak Yatim”. Jelasnya.

Turut serta dalam program tersebut adalah Jess Joel, Naib Exco Wiramuda Pusat, Chong Jin Han, Setiausaha Penganjur Wiramuda dan Rapi Mukis, Ketua Penerangan Exco Wiramuda Pusat.

Sementara itu, Penyelia Rumah Kanak-Kanak Don Bosco Bundu Tuhan,Frilex Yandang menjelaskan, beliau amat berterima kasih kepada Pergerakan Wiramuda Star Sabah kerana prihatin dengan kebajikan para penghuni rumah kanak-kanak tersebut.

Penghuni Rumah Kanak-Kanak Don Bosco bergambar kenangan bersama barisan Exco Wiramuda Star Sabah.

“Saya mewakili seluruh penghuni rumah kanak-kanak ini berterima kasih kepada Pergerakan Wiramuda Star Sabah dan kami amat bersyukur dengan sumbangan ini”.Katanya.

Rumah Kanak-Kanak Don Bosco Bundu Tuhan dibuka secara rasmi pada 11 Jun 1988 bagi menempatkan kanak-kanak dan remaja beragama Kristian Katolik (RC) yang kurang bernasib baik.

Ketika ini, terdapat sekitar 60 orang penghuni mendiami rumah jagaan tersebut terdiri dari kalangan kanak-kanak lelaki dan perempuan serta beberapa remaja dari seluruh negeri Sabah yang kebanyakannya dari kalangan mereka yang kehilangan ibu atau bapa, diabaikan keluarga akibat perceraian serta keluarga yang kurang berkemampuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN